Sudah lama rasanye ana tidak update blog ana..kekangan masa dengan STUDY dan terlampau sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, membuatkan ana lupa untuk 'singgah' melihat blog ana sendri..
Untuk entri ana kali ini, ana ingin berkongsi sedikit pengalaman ana bersama sahabat-sahabat ana yang lain ( Fiqa,Zimah,Abg Saleh dan Abg Firdaus) 'handle' satu program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di kawasan Kulai hingga Johor Bahru pada 19hb Dec yang lepas..
Program ini anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) daerah skudai yang baru diwujudkn (yeke?). Pada mulanya ana terkejut apabila senior ana (Saudara aliemran) meminta pertolongan ana untuk mengadakan satu program kawasan Johor Bahru yang melibatkan adik-adik yang pernah mengikuti program-program KPIJ ini..ana pada mulanya tak yakin mampu mengendalikannya,tapi atas kepercayaan yang diberikan kami npun merancang satu program yang dinamakan EKSPLORASI KPIJ yang diadakan di Hutan Bandar Johor Bahru..Aktiviti kami bermula dengan berkenalan dengan fasilitator yang hadir termasuk ana, kemudian membuat satu modul ta'aruf yang pertama iaitu 'Identiti'..
Aktiviti kami yang seterusnya dinamakan 'Curi-curi Pipi'..
seterusnya,kami meneruskan aktiviti yang melibatkan kretiviti mereka iaitu 'Salesman'..disini mereka perlu menghasilkan satu produk dari persekitaran mereka (barang semulajadi atau buangan) dan memasarkannya (iklankan) kepada kami..disini kami nampak pelbagai jenis barang yang dihasilkan mereka..macam-macam ragam apabila mereka kena bercakap tentang kelebihan barang tersebut berbanding yang ada di pasaran sekarang..aktiviti ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat yang mereka ada dari segi berkata-kata dan keyakinan mereka apabila mereka ingin memasarkan barangan mereka kepada pengguna.
'Tunang.Kahwin dan Cerai'..itulah nama aktiviti kami seterusnya..disini peserta perlu fokus mendengar arahan fasi dan perlu bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti ini..dan aktiviti kami yang terakhir pada waktu itu adalah 'Eksplorace'..semasa aktiviti ini dijalankan,hujan rahamat turun tidak menentu (lebat dan renyai)..namun,kesungguhan peserta untuk menghabiskan eksplorace ini membuatkan kami pun ingin meneruskan aktiviti ini hingga ke penghabisan..masing-masing menunjukkan muka yang puas dan ada yang tidak puas hati apabila ada satu 'check point' yang begitu susah untuk mereka dapatkan..akhirnya semua peserta dapat juga menghabiskan semuanya dalam masa sejam lebih..
Aktiviti di Hutan Bandar telah selesai..
akhir kalam,ana harap ukhwah yang terjalin ini tak akan terhenti sampai di program itu sahaja..=) Hidup Islam..Hidup Biar Berjasa..=)
