Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 10, 2015

Dia Atau DIA ?

Ku lemparkan satu persatu peralatan tulis yang berada di kamar milikku. Bekas pensil, pen-pen, dompet, botol air, semua ku campakkannya. Kedengaran bunyi-bunyi bertebaran di lantai. Setitik demi setitik air manik itu mengalir. Deras merembes. 'Arghh, mengapa? Mengapa aku?'

Saat tanganku mulai memegang sebuah buku, pantas kekasaranku merudum. Tidak lagi melempar seenaknya seperti tadi. Kembali air mata ini mengalir lagi.

Simfoni Cinta - Hilai Asyraf

Terasa berat tangan ini ingin melemparkan buku itu jua. Hadiah daripadanya. Faeroz, Faeroz Anuar bin Nuruddin.

******************

" Aishaa.."

Pantas kakiku melangkah di tepi koridor perpustakaan universiti. Kenal yang teramat dengan suara itu. Milik sahabat baikku. Terasa ingin memalingkan wajah padanya. Tapi, emosiku tidak enak tika itu. Aku hanya tidak mengendahkannya. Berpura-pura tidak mendengari. 'Fillah, maafkan Shaa.'

"Aishaa.. awak ni kenapa? Fillah panggil dari tadi, awak buat-buat tak dengar je kan?"

Terdiam.

"Aishaa.. " lembut tangannya mengambil alih ke bahuku, cuba memujuk.

".............. masalah ke? Tak nak kongsi ke sayang?" sambung bicaranya.

Laju air mataku mengalir kembali. Aku gemarkan pujukan begitu, sentuhan. Tapi, aku amat lemah dengannya. Titis-titis ini sukar sekali tuk dihilangkan. Hanya anggukan kecil ku berikan. Lemah.

"Sini sayang.." panggilnya lembut. Sungguh buatku nyaman seketika. Cuba ku lemparkan perasaan dukaku jauh-jauh. Ingin ku teruskan bicara, tapi tidak berjaya. Esakan tangisku ini sungguh luar biasa. Seakan-akan ribut yang hadir bersama-sama taufan. Agak sukar tuk dihentikan. Akhirnya, ku putuskan untuk menulis sahaja. Cuba meluahkan rasa melalui bait bicara pena. Ku mengengsot sedikit badan ke tepi, cuba mencapai buku yang ada.

Ku tulis satu aksara demi satu aksara.

H A T I

Pantas Fillah tersenyum memandangku. Kelihatan anggukan kecil dari kepalanya. Dia sudah mengerti maksudku. Oleh sebab pemahaman yang tinggi daripada Fillah terhadapku itulah membuatkan aku senang berkawan dengannya hingga kini. Dia begitu mudah memahami isi hatiku, meski melalui sedikit bicara.

Lantas ku rasakan pelukan hangat daripadanya. Damai.

*************************

Pulang sahaja daripada universiti, aku cuba mententeramkan diri kembali. Cuba mengingati kembali kata-kata yang dikatakan oleh Fillah sebentar tadi.

Namun, sebentar cuma.

Emosiku kembali tidak terkawal. Satu persatu barang milikku dilemparkan oleh tanganku sendiri. Aku benci dengan perasaanku sendiri.

Sesaat, aku terpana.

Buku itu. Buku itu membuatkan aku kembali berjeda. Lantas mengingati kata-kata Fillah, sahabat tercinta.

'Aishaa.. awak mengenalinya di saat awak cuba berubah, daripada tiada apa-apa hinggalah kini. Awak kena ingat, Allah uji pada hamba-hamba yang Dia sayang. Dan awak nak tahu? Awak adalah insan terpilih yang Dia sayangi.

Awak kena yakin semua ketentuan ni. Dia kurniakan awak kesempatan untuk mengenali lelaki tu sebagai ujian, dan mungkin juga sebagai hadiah untuk awak terus ditarbiyah. Awak kenal dia dalam sekelompok manusia yang sangat-sangat suci, mulia.

Maknanya apa? Allah nak awak semakin kuat. Kuat untuk halang semua perasaan yang ada sekarang ni. Mungkin dengan kehadiran dia bukanlah untuk awak menyayanginya, tapi untuk mengenali agama yang dia bawa. Awak kenal dia bukanlah untuk bercinta dengannya, tapi untuk teruskan kecekalan dengan jemaah yang ada.

Maafkan saya andai salah bicara.

Mungkin apa yang awak rasa selama ni bukan perasaan yang sebenarnya. Awak terlalu nampak dia, sehingga awak tak nampak hikmah yang Allah nak tunjukkan pada awak. Dan akhirnya, bila dia meninggalkan awak, awak terkecewa. Awak mula menderita. Pegangan yang selama ini cuba awak pertahankan tergadai begitu sahaja.

Aishaa.. dia manusia. Dan Allah pemiliknya. Bila-bila masa Allah boleh tarik cinta dan sayang awak tu. Sebab apa? Sebab bukan dia pengatur cinta awak. Tapi Dia.

Awak pilih.. antara dia dan Dia, yang mana lebih awak sayang?

Kalau Dia, berkorbanlah. Tiba waktunya, andai awak terus percaya, Dia pasti akan mengembalikan rasa cinta yang hilang ni. Jangan terlalu bersedih pada dia yang tidak mampu memberikan apa-apa pada awak. Boleh sayang?'

Tertunduk.

***************************

Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada Nya". “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”

-QS. Ar Ra’du: 27-28-

Friday, February 27, 2015

ANDAIAN MANUSIA

Manusia,
Penuh andaian,
Senyum dikatakan bahagia,
Menangis dikatakan duka,
Menyendiri dikata angkuh,
Berkumpulan dikatakan penakut.

Bagaimana terjadi ?
Mungkin semuanya palsu,
Tertawa sembunyikan duka,
Menangis kerana bahagia,
Sendiri perlukan masa,
Berkumpulan kerana bersaudara

Hati dan jiwa, 
Tiada yang tahu,
Siapa pun,
Termasuk empunya badan,
Mana mungkin,
Mencari raga yang sudah penuh,
Untuk diisi,
segala kaca yang berkecai.

Semoga selamat semuanya,
Semoga mudah urusannya,
Semoga berbahagia keranaNya,

Kerana,
Aku tetap dengan janjiku,
Laksanakan yang patut,
Walau sukar,
Moga dipermudahkan.

161114 0836

Thursday, February 26, 2015

AKU RINDU

Hujan turun pagi ini
Madah bicara dahulu,
"Aku rindu, Aku rindu",
Tapi hanya cerita.

Secebis kata dan gambar,
Penuh tersurat,
Apatah lagi yang tersirat,
Kini tidak ketemu lagi.

Degilnya dia dahulu,
Renyai mahupun lebat,
Tetap mahu menerjah,
Membasahi susuk tubuh.

Kini,
Aku dibawah lambaian hujan,
Mengerti maksud diungkapkan,
Hujan diri yang membasahi

Kelopaknya kering,
Dalamannya ?
Tiada yang tahu,
Cebisan dari yang kecil.

061214 0841

Wednesday, February 25, 2015

SITUASI

Ketenangan dirasa,
Saat dingin malam menerpa,
Status-status yang tersirat,
Menerjah sel-sel otak.

Tertawa melihat gelagat insan,
Mata terfokus pada dirinya,
Statusnya mungkin sukar difahami
Bergantung pada hati yang berhati-hati.

NANA
131214 2353

Tuesday, February 24, 2015

السالم عليك يا رسؤل الله



Rrugen time me lot’ lava
Emrin tënd kur zura n’gojë
Dritën tënde për herë t’parë pava
Zemra fort filloi të t’dojë.
sa degjoi per ty o Muhammed

السالم عليك يا رسؤل الله
السالم عليك يا حبيبي يا نبيا الله
السالم عليك يا رسؤل الله
السالم عليك يا حبيبي يا نبيا الله
يا رسؤل الله
:
(Esselamu alejke ja , ja Resulallah
Esselamu alejke Habibi, ja Nebijallah
Esselamu alejke ja , ja Resulallah
Esselamu alejke Habibi, ja Nebijallah
Ja Resulallah)

Balli puthi plot mall sexhden
Gjurmët tua un po kerkoj
Vdekja e ëmbel se c’mu ba
Vec një herë n’xhennet me t’pa
vetëm ty o Muhammed

O Taiba your breeze is so blessed
indeed it brought life back to my spirit
I’ve left my heart with my beloved
Sending blessings on Muhammed

(Selma Bekteshi)

Monday, February 23, 2015

BILA AKU DIPENJARA

Bila aku dipenjara
Biarlah aku membawa diriku
Bersama dosaku dan kamu
Aku merelakan segalanya

Hidup yang berbaki
Tiada lagi erti syukur
Hanya kerna dirimu
Pintaku selamanya

Cukup tohmahan
Berhenti janji palsu
Teruskan mengampu
Perubahan tiada makna

Mengawal hati secara paksa
Menawan minda orang kesayangan
Perubahan untuk kebahagiaan
Aku pasti, itu sementara cuma

27012015 1845

Wednesday, January 14, 2015

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa
Kecuali diri sendiri
Tetapi
Dalam kita bersendirian
Kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran 
Seorang sahabat, begitulah juga dia

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa
Tetapi kita sering terlupa

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami 
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya 
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, 
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? 
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? 
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. 
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat 
Sebagai kekuatan

Jadilah kita sahabatnya itu
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi
Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita 
akan tahu...


RENUNGILAH... 
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN 
KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA 

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. 

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

Tuesday, January 13, 2015

SETIAP AMALAN BERGANTUNG KEPADA NIAT


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ


صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ


هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ


یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن


إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري


النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال
بالنية) 􀁌 باب قوله ) hadis nombor 1908).

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. Pokok perbincangan hadis :

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

2) Kenapa niat penting :
-untuk bezakan ibadat dengan adat.
-untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah : tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. Haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).

4) Kesan niat baik pada perkara yang harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah: Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …. (hadis nazar seorang lelaki) Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah.

Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat.

Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa.

Antara pengajaran hadis:

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat,  ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Monday, January 12, 2015

BERSAWANG

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Setelah sekian lama tidak menulis,
berhabuk blog oden ni
InshaaAllah, akan cuba istiqomah menulis blog tahun 2015 ini

Ramai senior minta aku untuk menulis dan menerbitkan risalah
sejak zaman belajar IPT lagi
Eh, pandai ke aku nak mengarang ?
buat ayat puitis bolehlah juga
ini risalah ?
bahan yang memberikan manfaat pada yang lain?
Allah, keyakinan terhadap itu tiada !!
Kosong habis !!

Azam 2015 ini
Cuba untuk perbanyakkan menulis dan mengarang
Bukankah semua itu bermula dari latihan dan asahan minda
Jadinya, blog aku ini lah akan menjadi mangsa
hahahahahahaha

Cuba, cuba dan akan cuba
Ya Allah, Engkau permudahkanlah
Semoga menjadi manfaat bagi yang membacanya.

setakat ini sahajalah entri kali ini
setelah lama tidak kemaskini nya


p/s: sampai sekarang tidak pandai dan tiada ilmu untuk cantikkan blog ni.