Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 26, 2015

AKU RINDU

Hujan turun pagi ini
Madah bicara dahulu,
"Aku rindu, Aku rindu",
Tapi hanya cerita.

Secebis kata dan gambar,
Penuh tersurat,
Apatah lagi yang tersirat,
Kini tidak ketemu lagi.

Degilnya dia dahulu,
Renyai mahupun lebat,
Tetap mahu menerjah,
Membasahi susuk tubuh.

Kini,
Aku dibawah lambaian hujan,
Mengerti maksud diungkapkan,
Hujan diri yang membasahi

Kelopaknya kering,
Dalamannya ?
Tiada yang tahu,
Cebisan dari yang kecil.

061214 0841

1 comment:

  1. sekali terpandang,
    selamanya songsang.
    moga 'sekali' itu
    mampu merubah ke'rindu'an yang dahulu,
    mengerti sahaja,
    andai masanya tiba,
    andai masa itu buat kita,
    selamanya tetap bersama.
    mungkin jauh ini bukan pemisah,
    tapi masa untuk mengalah.
    mengalah buat hati kita kekal tabah.

    ReplyDelete