Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 26, 2009

Ukhwah Yang Terjalin

Assalamu'alaikum..

Sudah lama rasanye ana tidak update blog ana..kekangan masa dengan STUDY dan terlampau sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, membuatkan ana lupa untuk 'singgah' melihat blog ana sendri..

Untuk entri ana kali ini, ana ingin berkongsi sedikit pengalaman ana bersama sahabat-sahabat ana yang lain ( Fiqa,Zimah,Abg Saleh dan Abg Firdaus) 'handle' satu program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah di kawasan Kulai hingga Johor Bahru pada 19hb Dec yang lepas..

Program ini anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) daerah skudai yang baru diwujudkn (yeke?). Pada mulanya ana terkejut apabila senior ana (Saudara aliemran) meminta pertolongan ana untuk mengadakan satu program kawasan Johor Bahru yang melibatkan adik-adik yang pernah mengikuti program-program KPIJ ini..ana pada mulanya tak yakin mampu mengendalikannya,tapi atas kepercayaan yang diberikan kami npun merancang satu program yang dinamakan EKSPLORASI KPIJ yang diadakan di Hutan Bandar Johor Bahru..

Selepas mesej dan 'call' semua peserta-peserta ini, selepas berbincang tentang aktiviti yang akan diadakan, akhirnya,pada hari yang dijanjikan pun tiba..pada mulanya ana berasa macam tidak berjaya kerana yang datang hanya 7 orang sahaja..tapi sebelum program bermula,datang lagi ahli yang menambahkan bilangan ahli seramai 16 orang..ana bersyukur sangat pada masa itu (walaupun muslimin sikit je yang datang)..peserta yang hadir dalam lingkungan umur 12 hingga 18 tahun..

Aktiviti kami bermula dengan berkenalan dengan fasilitator yang hadir termasuk ana, kemudian membuat satu modul ta'aruf yang pertama iaitu 'Identiti'..disini meminta peserta mendapatkan tandatangan sahabatnya yang mempunyai ciri-ciri yang kami tetapkan dalam masa 2 minit saja..walaupun bilangan peserta sikit, namun mereka kelam kabut untuk menyiapkan tugasan tersebut..dan di akhir aktiviti, hanya sebilangan peserta yang berjaya mnyiapkan tugasan tersebut..kami memanggil salah seorang daripada mereka untuk tampil ke hadapan dan 'introduce' diri mereka dan empunya tandatangan yang mereka dapatkan tadi..aktiviti ini hanyalah untuk membuatkan peserta mengenali sahabatnya secara kesuluruhan,bukan hanya mengetahui apa ciri-ciri sahabatnya itu..

Aktiviti kami yang seterusnya dinamakan 'Curi-curi Pipi'..sebelum aktiviti ini dijalankan, kami membahagikan mereka kepada 4 kumpulan..aktiviti ini dijalankan secara berpasangan..masing-masing perlu memperkenalkan diri mereka secara 'detail' dan pasangannya perlu mengikutnya dan sebaliknya..dan akhirnya,peserta perlu mencuit pipi pasangannya secara serentak dengan perlakuan pasangannya..memang melucukan melihat gelagat mereka ini...

seterusnya,kami meneruskan aktiviti yang melibatkan kretiviti mereka iaitu 'Salesman'..disini mereka perlu menghasilkan satu produk dari persekitaran mereka (barang semulajadi atau buangan) dan memasarkannya (iklankan) kepada kami..disini kami nampak pelbagai jenis barang yang dihasilkan mereka..macam-macam ragam apabila mereka kena bercakap tentang kelebihan barang tersebut berbanding yang ada di pasaran sekarang..aktiviti ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat yang mereka ada dari segi berkata-kata dan keyakinan mereka apabila mereka ingin memasarkan barangan mereka kepada pengguna.

'Tunang.Kahwin dan Cerai'..itulah nama aktiviti kami seterusnya..disini peserta perlu fokus mendengar arahan fasi dan perlu bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti ini..dan aktiviti kami yang terakhir pada waktu itu adalah 'Eksplorace'..semasa aktiviti ini dijalankan,hujan rahamat turun tidak menentu (lebat dan renyai)..namun,kesungguhan peserta untuk menghabiskan eksplorace ini membuatkan kami pun ingin meneruskan aktiviti ini hingga ke penghabisan..masing-masing menunjukkan muka yang puas dan ada yang tidak puas hati apabila ada satu 'check point' yang begitu susah untuk mereka dapatkan..akhirnya semua peserta dapat juga menghabiskan semuanya dalam masa sejam lebih..

Aktiviti di Hutan Bandar telah selesai..sementara menunggu pengangkutan tiba untuk ke bangunan KPIJ Pusat di Mustika Embun (ME), kami muhasabah diri kami dan sempat mengambil gambar pemandangan yang amat indah di situ..sebenarnya banyak lagi yang ana ingin kongsikan,tapi ketandusan idea dan ingatan yang lemah ini,membuatkan ana ingin menghabiskan entri ini secepat mungkin (hehehe)...

akhir kalam,ana harap ukhwah yang terjalin ini tak akan terhenti sampai di program itu sahaja..=) Hidup Islam..Hidup Biar Berjasa..=)

Thursday, October 29, 2009

Bersangka Baik

Kalau nampak air tenang kita patut lebih berhati-hati, sebab dalam air tenang macam-macam boleh terjadi. Tapi kalau nampak orang tenang kita patut dekati, sebab dalam diri orang tenang ada emas untuk di gali.

kita selaalu tertipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi memilih orang baik. Orang baik pula oleh kerana terlalu baikselalu tertipu akibat terlalu baik sangka.

Selalunya orang yang berniat jahat akan pamerkan wajah baik untuk memperdaya orang baik. Pada zaman kini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah jahat. Maka itu, peratus orang baik yang terpedaya oleh orang jahat semakin ramai.

Suatu hari seseorang berkata, dia tawakkal dengan untanya yang dibiarkan lepas sewaktu bertemu Rasulullah, dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu tidak hilang dibas orang. Tetapi Rasulullah mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudia barulah tawakal.

Bermakna tidak boleh terlalu bersangka baik. Ada kalanya perlu juga rasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun dikalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terrlau percaya di situlah kesilapan akan tiba.

Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskanlah untuk jadi peringatan. Kalu terlalu percaya, ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan bererti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.

Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul.Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa jenaka manusia. Kadangkala kena ada rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.

Seseorang berkata kepada kawannya, " Mat, tak guna simpan duit banyak2. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat datang tiba-tiba. Nati tak sempat engkau belanjakan semua harta. Penat saja bekerja siang malam selama inI.

Betul juga, fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis. Kena ada curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup hidup yang selesa.Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain.

Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah enkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah engkau seolah-olah kau akan mati esok hari.

Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah disangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh dengan tenang. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati-cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka sebab ekornya boleh melibas tiba-tiba. DIdalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di daratan juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatan sudah mati.

Berbeza dengan orang tenang, di situ ada emas untuk digali. Orang yang tenang biasanya penuh berilmu. Pergilah dampingi orang yang tenang, sesuatu berharga pasti akan diperolehi. Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum tentu bermakna tenang.

Orang tenang biasanya berilmu. orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia..( sebagai satu cerita & ilmu yang perlu dikongsi )

di adaptasi oleh orang perseorangan kepada sahabat-sahabat yang lain...

Monday, October 5, 2009

Untukmu Sahabat...

Teman,
Atas tautan ukhwah
Juga atas satu dasar yang kukuh
Nan Aqidah Muslim,
Aku melayangkan warkah ini buatmu teman..
Wahai temanku an nisa
Engkau sedia maklum,
Engkaulah hiasan dunia,
Lantaran fitrah itu,
Engkau seringkali menjadi fitnah lelaki itu,
Dan sememangnya itu bukan kesalahanmu,
Tetapi itulah hakikat kejadianmu..



Wahai temanku arrijal,
Aku mengetahui kesepian hati seorang lelaki,
yang seringkali mengimpikan seorang teman di sisi,
Dan tentulah temanmu yang diimpi,
Seorang serikandi..
Wahai temanku an-nisa
Aku mengetahui halusnya perasaanmu,
Engkau ingin disayangi,
ingin dimanjai,
Engkau juga ingin menyayangi
juga ingin memanjai..
Dan aku juga tahu,
Temanmu arrijal juga begitu..



Tetapi temanku an-nisa
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu fitrah,
Tetapi janganlah engkau cemarkannya dengan fitnah.
Kalau benar engkau mengasihinya,
kasihinya kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya
KeranaNya,
Engkau tak kan bisa,
Melunakkan soutul engkau,
Engkau tidak kan bisa,
Melemparkan panahan menggodamu,
Kerana engkau tahu,
Itu bisa menggoyahkan iman seorang arrijal!
Dan engkau mengetahui,
Dia punya 9 akal, dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa beraja,
Dan engkau tidakkan bisa menjadikan sang nafsu itu,
Nafsu raja yang menggila!



Dicetak semula dr Teman utk Sahabat...

Friday, September 11, 2009

KENAPA PEREMPUAN CANTIK APABILA MEMAKAI TUDUNG???

1.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK TUTUP AURAT

2.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA JAGA MARUAH DIRI DIA

3.kenape pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA CANTIK

4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA

5.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA ANAK SOLEHAH

6.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA

7.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA HORMATI ORANG LAIN

8.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG.. ORG TENGOK DIACANTIK. DAN DIA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA

9.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT

10.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN

11.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA NAK DAPAT PAHALA

12.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT

13.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN

14.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA

15.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DENGAR SURUHAN NABI

16.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI

17.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..) KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)

18.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab
DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK




"JADI POMPUAN DILUAR SANA BERAMAI-RAMAILAH MEMAKAI TUDUNG KERANA ANDA SEBENARNYA LEBIH CANTIK JIKA MEMAKAI TUDUNG SESUNGGUHNYA ALLAH SUKA AKAN HAMBANYA YANG MENGIKUT PERINTAHNYA"

Wednesday, September 2, 2009

Keikhlasan Dan Menghadhirkan Niat Dalam Segala Perbuatan, Ucapan Dan Keadaan Yang Nyata Dan Yang Samar

Riyadhus Shalihin - Bab 1


Allah Ta'ala berfirman:

‏ وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة، ويؤتوا الزكاة، وذلك دين القيمة

"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)

Allah Ta'ala berfirman pula:

لن ينال الله لحومها ولا دماؤها ولكن يناله التقوى منكم

"Sama sekali tidak akan sampai kepada Allah daging-daging dan darah-darah binatang korban itu, tetapi akan sampailah padaNya ketaqwaan dan engkau sekalian." [1] (al-Haj: 37)

Allah Ta'ala berfirman pula:

‏قل إن تخفوا ما في صدوركم أو تبدوه يعلمه الله

"Katakanlah - wahai Muhammad [2] ,sekalipun engkau semua sembunyikan apa-apa yang ada di dalam hatimu ataupun engkau sekalian tampakkan, pasti diketahui juga oleh Allah." (ali-lmran: 29)

edit from http://frm.waktusolat.net/viewtopic.php?t=11

Monday, August 31, 2009

Ramadhan & Amalan???

Bismillahirrohmanirrohim...

Pada kali ini,insyaAllah ana nk berkongsi dengan antum semua tentang topik di atas...
sebut je bulan ranadhan,orang akan mula sibuk bercerita & berkata tentang puasa,terawikh,tadarus Al-Quran & sebagainye...

Tapi...
betol ke pe yang kita lakukan ni??
betol ke amalan yang kita lakukan ni ikhlas kerana Allah???
benar ke pe yang kita lakukan pada bulan yang penuh barakah ni akan di ambil kira olehNya???

ana bukanlah nk katakan yang kita tak patot lakukan segala amalan yang di rancangkan...
tapi,,,
niat kita ini...
adakah ikhlas keranaNya???
tepuk dada tanya Iman muslimin & muslimat sekalian...

pada bulan2 yang lain,kita tak terlepas melakukan nahi munkar...
pada bulan2 yang lain,kita jarang melakukan amalan yang dituntutNya...
pada bulan2 yang lain,kita sering melupakan allah & lebih mementingkan selain dari Nya..
adakah bila munculnya bulan maghfirah ini sahaja kita terkejar-kejar mengumpul pahala???
sedangkan bulan2 lain kita sering terkejar-kejar mencari dosa???
tepuk dada,tanya keikhlasan diri kita kepadaNya...



semoga segala amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan yang penuh suci ini menjadikan kita istiqamah dalam mengerjakan segala suruhanNya di bulan2 yang lain...

semoga sahabat2 & pembaca sekalian faham & mengerti akan apa yang ana sampaikan ini supaya kita sedar & perbaiki amalan kita ini bukan sahaja perlu di tokok tambah di bulan Ramadhan ini...

Ingatlah,amalan yang kita lakukan ini,bukan dihitung oleh Allah dalam bulan Ramadhan sahaja,yang kiranya ana yakin ramai yang bertungkus lumus beribadah untuk mencari & mencapai mardhotillah...

Waalahu'alam...
muhasabah diri,perbaiki amalan...

Saturday, August 29, 2009

ANTARA SABAR DAN MENGELUH
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.



Renung2knlah...
Dlm bln Ramadhan Almubarak ni,adkh kte mlatih dri kte b'sbr???
atau kte hnye b'pura2 b'sbr sdgkn di hati kte mngeluh???
Jadikanlah kisah2 Nabi & para Sahabat sbg tauladan kte...
SALAM RAMDHAN ALMUBARAK 1430H...

Sunday, August 23, 2009

PKPIM : 5 Dasawarsa




Sesiapa yang berminat, sila hubungi Lina Mursyidah -0136282505. Harga buku ini RM 22.90.

aku pun dah baca walaupun baru bape muka surat...hehehe..

Friday, August 21, 2009

Satu Cinta (Edcoustic)

ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku



Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan



Oh tuhan
Selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh tuhan
Jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia

Tuesday, August 18, 2009

Kawan
-Firdaus-

Kawan,bertahun kita bersama,
Bagai semalam baru bersua,
Kawan,dihadapan oh indahnya,
Kita bersama berkelana.

Namun kita jauh,didunia sendiri,
Bekalan sendiri,impian sendiri,
Meskipun jauh namun kita tetap bersama,
Di ruang yang memisahkan kita.

Kawan hidup ini umpama langit,
Yang tidak selalu cerah,
Kawan hidup ini bagaikan awan,
Yang tidak selalu putih.

Ingatlah(2x) bintang-bintang dilangit,
Takkan terus berkelipan,
Ingatlah(2x) pelangi yang indah,
Pasti(2x) akan(2x) hilang.

Kawan jangan biarkan dirimu,
Umpama rama-rama,
Cantik namun akhirnya,
Menjadi perhiasan didinding.

Kawan jangan biarkan dirimu,
Seperti lipan dan kala,
Berbisa namun akhirnya,
Menjadi perhiasan dimeja tulis.

Oh
kawan,
Jadilah seperti lilin matahari,
Membakar diri,
Demi insan sejagat.

Oh kawan,
Jadilah seperti bulan purnama,
Menerangi malam yang gelap gelita,
Menunjukkan jalan demi umat semesta.



InsyaAllah,ingatlah sahabat jalan yang dilalui ini bukannya senang...
semoga ukhwah yang terjalin berkekalan walaupun ada di antara kita akan pergi...
Salam Ukhwah Fillah...

Monday, August 10, 2009

Ikhlas Berjama'ah...???

Bismillahirrohmanirrahim...

disini aku bukanlah orang yang arif untuk menceritakan tentang jama'ah ni..mungkin ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana yang lebih arif tentang ni...tapi,sedar tak kita,apabila kita telah masuk dalam sesuatu jama'ah ni,apakah ikhlas kita melibatkan diri atau sekadar meluangkan masa yang kosong atau hanya ingin menunjukkan atau membuktikan yang kita telah pun memasuki jalan dakwah hanya kerana ingin membanggakan diri kita di khalayak orang ramai??

Kita mungkin memikirkan andainya kita memasuki sesuatu jalan ini,automatiknya kita akan dimasukkan ke dalam syurga dan terselamat dari kemurkaan Allah...tapi,pernah ke kita sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini memikirkan akibat yang akan berlaku ke atas diri kita seandainya kita memungkiri amanah yang telah kita terima ini akan mencampakkan diri kita ke dalam neraka Allah 'azza wajalla???"

Mengikut pandangan dan kajian aku sendiri,ramai yang melibatkan diri dalam jama'ah hanya kerana ingin melarikan diri dari golongan yang boleh dikatakan tak berpendirian dan buruk akhlaknya...jika benar itu sebabnya,adakah benar konsep hati kita??? Ingatlah sahabat-sahabat yang dikasihi,seandainya kita telah memasuki jalan dakwah ini,peranan utama kita adalah membetulkan apa yang salah dan mengukuhkan dan memantapkan apa yang betul...

Niat di hati memang sukar untuk diramal dan difahami oleh diri sendiri,apatah lagi orang lain...hati kita sentiasa berubah,termasukla aku sendiri..apabila kita melakukan sesuatu 'amal tu sememangnye niat lillahi ta'ala,tp sebab sesuatu perkara,secara tak sedar,niat kita dah lari dari persimpangan yang betol..adakah ini yang kita mahukan???akhirnya hanya mendapat dosa..memang manusia bukanlah 'perfect',tapi,sebagai manusia dan hamba Allah,seandainya kukuh dan jernih iman kita dan memahami konsep fardhu 'ain dn syariat Isalam tu sendiri,insyaAllah,kita akan mendapat perlindungan hati yang mantap dariNYA...

Sahabat sekalian,kita tak tahu antara banyak-banyak amalan yang kita lakukan,yang mana akan dianggap benar-benar 'amalan yang ikhlas di pandangan Allah...walaupun aku sendiri bukanlah seorang yang kuat iman orangnya,tapi nasihat yang boleh dikongsikan,istighfar dan banyakkanlah berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas junjungan Baginda agar hati kita sentiasa jernih dan 'putih' dalam mengerjakan dakwah di jalan Allah yang murni ni...

Wallahu'alam..

p/s : sentiasalah kita memperbetulkan niat kita..

Thursday, August 6, 2009

Cara Bersahabat

Apabila bersahabat... diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjwb & harapan sendiri. Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik.Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianyaberlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.
9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain.
10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan di hati yg pasang surut.
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya.Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t

"I may not get to see you as often as I like. I may not get to hold you in my arms all through the night. But deep in my heart I truly know, you're the one that I love, and I can't let you go." ;-)

Tuesday, August 4, 2009

Hati Seorang Ayah

Hati Seorang Ayah Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang
bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya
sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya
yang terbongkok-bongkok. Anak perempuan itu bertanya pada
ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan
ayah yang kian hari kian membongkok ?" .Si ayah menjawab : "Sebab
ayah lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "saya tidak
mengerti".

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa
kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya
itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah
mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki."

Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah
kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu
mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah
Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok?Dan
sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasasakit ?"
Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar
bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian." Hanya
itu jawapan si ibu.

Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap
juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan
menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok? Hingga pada
suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia
mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata
yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah
sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga
serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa
akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa
aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang
menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula
untuk melindungi seluruh keluarganya. Ku berikan kemahuan padanya agar
selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan
keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak
terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-
anaknya.Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat
dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya
tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya
berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan
dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi
keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang
menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya. "

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat
dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa
adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan
dan kesakitan kerapkali menyerangnya" . "Ku berikan perasaan cekal dan
gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi
keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun kerap
anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal
perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman
pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan
perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang
menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan
saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan
pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan
saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan
oleh anak-anaknya. " "Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya
untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik
adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah
isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi
perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali
kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan
kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling
melengkapi serta saling menyayangi.Ku berikan kerutan diwajahnya agar
menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya
fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat
hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar
dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab
terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat
tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi
kelanjutan hidup keluarganya. "

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin
keluarga, sebagai tiang penyokong, agar dapat dipergunakan dengan
sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki,
walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan
akhirat."

Sedarlah wahai hamba Allah yang bernama lelaki, tugasan dan
tanggungjawabmu bukan hanya kepada Allah dan agamu sahaja,
tp meliputi segala-galanya....renung-renungkanlah...

Wallahu'alam...

Monday, August 3, 2009

Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh


10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.

" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

Sunday, August 2, 2009

ya ALLAH,,,,
dengan izinmu,
telah banyak yang aku lalui,
hingga pernah resah jiwa ini,
hingga pernah resah hati ini,
cinta dunia pernah merantai hati,
walau tak pernah ku zahiri,
dalam sederap langkah perjalananku,

jika dulu telah kau izinkan,
aku merasai kahangatan kasih dalam alpa,
jika dulu engkau benarkan,
aku menikmati rindu hawa kepada adam,
jika dulu engkau biarkan,
aku di dalam bahagia yg sementara,
cukuplah wahai tuhanku..

kerana di sebalik semua itu,
aku pernah kehilangan cintamu,
pernah gersang jiwaku,
pernah tandus imanku,
derita itu merobek ketenanganku,
hatiku yang retak semakin retak,
solatku tiada lagi khusyuknya,
rukukku tiada lagi ikhlasnya,
sujudku bersama fikiran yang melayan entah ke mana,
tahajjudku sudah tiada serinya,
munajatku sudah hilang air mata,
imanku longlai untuk berkata kata,

dan YA ALLAH,,
setelah semua itu aku lalui,
dengan penuh susah payah,
ku gagahi jua langkah lemah ini,
berbekal harapan yang tidak pernah mati,
akhirnya ku temui cintamu yang haqiqi,
bahagia dan ketenangan abadi,,

bersama setiap sedutan nafas,
beriramalah tasbih,tahmid dan takbir,
hati ini bahagia mengingatimu,
hati ini derita dan sengsara bila melupaimu,
engkaulah kekasih dan cinta hatiku,
sekalipun tidak,
aku berasa kecewa kerana di kecewakan,
bahkan hatiku yang retak kembali pulih,
hatiku yang merana kembali damai,
hatiku yang sirna kembali menyinar,

syukurku padamu tuhan,
atas segala nikmat kurniaan,
nikmat rasa cinta yg cuma sedikit padamu ini,
jangan engkau lenyapkan,
jangan engkau kuburkan,
tapi,,
suburkanlah cintaku padamu tuhan,
biarkan hati ini,
terus mengharap,bergantung dan berpaut padamu, kurniakan padaku sekeping hati yang kuat,
agar aku terus hidup dalam cahayamu..........
selamanya,,....

Renungan

ya ALLAH,,,,
dengan izinmu,
telah banyak yang aku lalui,
hingga pernah resah jiwa ini,
hingga pernah resah hati ini,
cinta dunia pernah merantai hati,
walau tak pernah ku zahiri,
dalam sederap langkah perjalananku,

jika dulu telah kau izinkan,
aku merasai kahangatan kasih dalam alpa,
jika dulu engkau benarkan,
aku menikmati rindu hawa kepada adam,
jika dulu engkau biarkan,
aku di dalam bahagia yg sementara,
cukuplah wahai tuhanku..

kerana di sebalik semua itu,
aku pernah kehilangan cintamu,
pernah gersang jiwaku,
pernah tandus imanku,
derita itu merobek ketenanganku,
hatiku yang retak semakin retak,
solatku tiada lagi khusyuknya,
rukukku tiada lagi ikhlasnya,
sujudku bersama fikiran yang melayan entah ke mana,
tahajjudku sudah tiada serinya,
munajatku sudah hilang air mata,
imanku longlai untuk berkata kata,

dan YA ALLAH,,
setelah semua itu aku lalui,
dengan penuh susah payah,
ku gagahi jua langkah lemah ini,
berbekal harapan yang tidak pernah mati,
akhirnya ku temui cintamu yang haqiqi,
bahagia dan ketenangan abadi,,

bersama setiap sedutan nafas,
beriramalah tasbih,tahmid dan takbir,
hati ini bahagia mengingatimu,
hati ini derita dan sengsara bila melupaimu,
engkaulah kekasih dan cinta hatiku,
sekalipun tidak,
aku berasa kecewa kerana di kecewakan,
bahkan hatiku yang retak kembali pulih,
hatiku yang merana kembali damai,
hatiku yang sirna kembali menyinar,

syukurku padamu tuhan,
atas segala nikmat kurniaan,
nikmat rasa cinta yg cuma sedikit padamu ini,
jangan engkau lenyapkan,
jangan engkau kuburkan,
tapi,,
suburkanlah cintaku padamu tuhan,
biarkan hati ini,
terus mengharap,bergantung dan berpaut padamu, kurniakan padaku sekeping hati yang kuat,
agar aku terus hidup dalam cahayamu..........
selamanya,,....
25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya...

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini
bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam
ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan
karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama
TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya
untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat
penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar
setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa
menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan
rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH,
maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat
kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu
kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya
ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana
sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu
hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang
sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai
ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar
takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari
sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang
air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang
yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,
memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih
mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang
tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa
beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat
berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang
jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang
yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang
yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak
menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah
dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal
sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat
yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan,
pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan
mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu
kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang
berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu
kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu
diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan
sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung
memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana
manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu
belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang
orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan
para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari
mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau
tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah
bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih
mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan
sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura
pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu
dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah
engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu
serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan
disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap
orang lain yang pernah memberikan barang yang
berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah
dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan
sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang
mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku
sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau
mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat
riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada
urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia
saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk
dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih
hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan
mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta
kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam
diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau
bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah
engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah
engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan
disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada
berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak
dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan
menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang
alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan
nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur
lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar
keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya
untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia
ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau
akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta
meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau
makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah
engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam
dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Renung2knlah...Semoga bermenfaat...
InsyaAllah...

Wednesday, July 29, 2009

Penapisan 3 Peringkat

Kita begitu bimbang dengan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari.
Untuk memastikan air yang kita minum itu bersih dan selamat,
kita pun membeli penapis air yang beribu harganya.
Tetapi bagaimana dengan kebersihan rohani kita?
Adakah "makanan" yang sampai ke jiwa kita itu bersih?

Pada zaman dahulu, ada seorang guru yang sangat alim. Suatu hari guru ini didatangi oleh seorang muridnya.

"Wahai guru, mahukah guru mendengar satu cerita tentang seorang guru lain yang tinggal di kampung sebelah?"

"Tunggu dulu. Sebelum kamu memberitahu cerita itu, saya ingin menjalankan sedikit ujian yang dipanggil "penapisan tiga peringkat"

"Penapisan tiga peringkat?"

"Ya, betul. Sebelum kamu bercerita tentang guru itu, mungkin ada baiknya kita berfikir sejenak dan menapis setiap perkataan yang bakal keluar dari mulut kamu Sebab itulah saya menamakannya "penapisan tiga peringkat".

Peringkat pertama ialah KEBENARAN (truth).

Adakah kamu benar-benar yakin cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu, cerita benar?

"Tidak, sebenarnya saya baru saja terdengar cerita itu dan...."


"Baiklah..jadi kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak. Sekarang, kita cuba peringkat kedua pula iaitu KEBAIKAN (goodness).
Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya tentang guru itu, sesuatu yang baik?"

"Tidak, sebaliknya...."

"Jadi, kamu akan menyampaikan sesuatu yang tidak elok tentang guru tersebut dan juga kamu tidak pasti samada cerita itu benar atau tidak.
Sekarang tinggal satu lagi peringkat iaitu peringkat ketiga.
Peringkat ketiga ialah MANFAAT (usefulness).
Adakah cerita yang bakal kamu sampaikan kepada saya itu akan memberi manfaat dan kebaikan kepada saya?"

"Tidak juga..."

Murid itu terdiam.


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat dan Maha Penyayang. (al Hujurat, 49:12)
"Mencari Barang Yang Hilang Di Ardhul Kinanah"

Penulis : al-faqirah ils 'afwi robbiha



"Hikmah kebijaksanaan itu barang yang hilang bagi setiap orang yang beriman, barang siapa yang menjumpainya maka dia berhak ke atasnya".

Bicara Rasul junjungan SAW ini sentiasa terpapar di benakku, malah kujadikan pegangan dan motivasi dalam ku menyelusuri kehidupan sebagai penuntut fisabilillah ini. Ilmu ibarat teman setiaku. Hari-hariku sentiasa ku infakkan untuknya, hatiku sentiasa terikat bersamanya, malah mindaku sentiasa syaghal memikirkannya.


Di awal permukimanku di Bumi Anbiya' ini aku bersyukur kerana diperkenalkan dengan markaz ilmu yang telah berkurun lama bertapak di bumi ini dan sering menjadi sebutan di seantero dunia. Dari hari ke hari aku mula mengenali dan mendampinginya sehingga hati ini terpaut padanya. Walaupun pada awalnya agak sukar bagiku memahami setiap butir kata syeikh yang sememangnya alim dan mursyid, namun ku cuba memahaminya dengan sentiasa menghadirkan diri walaupun jarak menjadi perhitungan. Pun begitu, ku harapkan diri kerdil ini akan terus beristiqomah di atas jalan para ulamak terdahulu yang sanggup mengorbankan masa dan harta demi menadah ilmu daripada ahlinya.


Ku terasa manis pencarian ilmu ini apabila teman-teman seperjuangan bersama di sisi. Ketekunan mereka mendorongku untuk lebih cekal dalam jihad ilmu ini. Ku dapat rasai kemanisan ukhuwah ini ketika mana kami bersama- sama melangkahkan kaki ke Universiti Al- Azhar Asy-syarif pada bulan kedua keberadaan kami di Ardhul Kinanah ini. Melalui pembelajaran dan interaksi di kuliah bersama para doktor memberi peluang kepada kami untuk mengenali corak kehidupan bangsa Rasulullah s.a.w, bangsa Arab. Walaupun hanya mendalami maharat lughawiyah, pembelajaran kami sentiasa diselitkan dengan bicara doktor yang sering mengaitkan sesi taalim kami dengan kalam Rabbul jalil dan sunnah rasulNya.


Bagiku ilmu di bumi ini tidak terbatas sehinggakan aku menemuinya meskipun di dalam bas dan di pasar- pasar. Pernah seketika dalam perjalananku ke kuliah, di dalam bas aku diajukan soalan "Kem juz'in minal qura'n tahfazin?" oleh seorang mahasiswi jurusan Akaun Universiti Al-Azhar yang telah pun menghafaz keseluruhan ayat suci Al-quran. Begitu juga soalan yang sama ditujukan kepadaku sewaktu aku membeli ikan di pasar oleh penjual ikan seusia 20-an yang telah menghafaz suku daripada kitab suci Al-Quran walaupun dia hanya berpendidikan sekolah rendah. Terasa kerdil diri ini di sisiNya, apalah yang akan ku bawa untuk bertemuNya kelak. Bumi ini mengajarku supaya menjadikan kitabullah teman karibku. Di mana sahaja kedapatan anak muda memegang dan menghafaz Al-quran, 'ammu pemandu sering menghidangkan kalam indah ini di corong-corong radio teksi dan bas mereka, terasa sejuk mata memandang biah solehah ini yang mungkin agak nadir di bumi Malaysia.


Sejenak ku teringat mutiara kata mursyidku, Syeikh Ahmad Hajain ketika mengulas kitab Ihya' Ulumuddin karangan Al-'allamah Al-imam Hujjatul Islam Imam Ghazali "INNAMAA YAKHSYA ALLAHA MIN 'IBADIHIL 'ULAMAK" (Fatir:28).


Dapatku fahami bahawa hakikat ilmu bukanlah sekadar untuk dijadikan bekalan dalam kehidupan seharian tetapi untuk mencapai tahap Khashyatullah iaitu zouq tertinggi seorang hamba kerana takutkan Allah swt. Jika perasaan ini tidak hadir atau belum hadir maka pengetahuan tersebut hanya dikira sebagai maklumat semata. Terkesima aku tatkala mendengar kalam ini. Sejauh mana perasaan ini tertanam dalam diriku walaupun telah melalui madrasah ilmu selama hampir 15 tahun. Mampukah aku tanamkan khashyatullah itu dalam diri hina ini? Oh Allah, please show us the wisdom upon us.


Ketahuilah wahai diri, hadaf menuntut ilmu tidaklah terhad untuk kebaikan diri semata malah taklifan seorang ulamak jauh lebih besar. Pernah ku terbaca kata salah seorang ulamak 'amiliin di tanah air kita, ulamak ibarat juruterbang yang bertanggungjawab membawa seluruh isi kapal ke destinasi yang dituju. Tetapi bersamanya juga rakan sekerja seperti penjual tiket penerbangan dan tukang baiki kapal terbang yang akan mengurus ahwal penumpang dan kapal yang sama demi kelancaran perjalanan. Inilah analogi yang menyingkap peri pentingnya peranan para ulamak, merekalah yang akan membawa masyarakat kepada makrifatullah adapun golongan profesional dan golongan- golongan lain membantu perjuangan mereka dalam membawa masyarakat kembali kepada Islam yang syumul.


Perjalananku masih jauh. Ibarat bayi yang baru mula merangkak dan cuba untuk bangun kemudian bertatih. Terkadang terjatuh lalu menangis, namun ku pohon kekuatan daripada Yang Maha Penyayang, Yang Maha Mendengar rintihan hambaNya. Ya Allah, bantulah perjuangan hambaMu ini, kurniakan aku akal secerdas Saidina Ali KWJ dan zihni secerdik Saidatina A'esyah RHA agar dengan ilmu yang ku peroleh dapat ku tatbiqkan dalam seluruh kehidupanku seterusnya dapatku salurkan untuk agamaMu yang tercinta.


ALLAHUMMA FAQQIHNA FIDDIN, WA 'ALLIMNA AT TAKWIL WAHDINA SIROTHOKA ALMUSTAQIM, SIROTHO ALLAZINA AN'AMTA 'ALAIHIM MINA ANNABIYYIN WAS SIDDIQIN WA ASSYUHADAI WAS SOLIHIN WA HASUNA ULAAIKA RAFIQO ,YA ARHAMA ARROHIMIN, AMIN YA ROBBAL 'ALAMIIN.

Wednesday, July 1, 2009

Takmo Manja-Manja...

Pencerahan bukan untuk orang manja.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti; yang senang dan mudah =join, yang penat pula bersusah payah elak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.

Bukan juga
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia peroleh, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap dan menulis, tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.

Tapi segala-galanya tak bermakna tanpa tarbiyyah.

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan masih terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah,
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa.
Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda pun.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.:puppyeyes:

Thursday, April 30, 2009

Cerpen

assalamualaikum.......

Bacalah dengan sepenuh jiwa dan raga,nescaya mengalir air mata anda.......syahdunya.....

Sun 9/6/2002


Abahku yang garang

Kalau semua orang dapat rasa belaian dan kemanjaan dari seorang Ayah, aku tak macam tu, Abah aku memang teramat garang, dari kecil sampailah usia aku 18 tahun masih lagi merasa penangan dari Abah.

Aku ni anak perempuan sulung dari adik beradik seramai 7orang, yang pertama dan kedua lelaki, ketiga akulah, keempat dan kelima lelaki jugak,keenam dan ketujuh perempuan.

Dulu aku tak ada rasa hormat dengan Abah, yang ada cuma rasa takut, tak pernah langsung berbual dengan Abah, waktu makan pun asing-asing kecuali bulan puasa jek, itupun waktu berbuka, cukup dengan 3 bijik kurma(wajib makan, kalau tak abah luku kepala) dan air, tak boleh makan dulu, solat maghrib jemaah, barulah boleh makan malam, itupun Abah biasanya makan kat atas meja, kitaorang depan TV. bukan tak nak makan ngan Abah tapi takut, salah tertib makan nanti pinggan singgah kat kepala pulak.Abah punyalah tertib makan, ambik lauk ngan tangan kanan, yelah makan kan pakai tangan, jadi ambik lauk tangan kiri ler, Abah kata sudu boleh basuh, tangan kiri tu tangan setan. Tak boleh makan sambil minum air, dah abis makan baru boleh minum, ambik lauk yang dekat jek, yang jejauh suruh orang hulurkan,jangan nak menjangkau tangan.

Aku ni hantu buku, tak kiralah masa makan ke,tengok tv ke mesti ada buku terlekat kat tangan, Abah selalu tegur 'Akak nak makan buku tu letak, karang Abah koyak buku'. Aku ni memang degil, satu hari tu, waktu makan tengahari sebelum nak gi sejolah agama petang, aku bacalah buku cerita, baru pinjam dari library, tak perasan Abah ada, tetiba jek buku aku tu melayang keluar rumah dan landing atas tempayan yang penuh air.

Biasalah perempuan mestilah menangis,bukannya Abah pujuk, Abah hadiahkan aku satu luku kat kepala 'Abah dah kata banyak kali,kepala ni keras sangat'. Mak aku kutip dan ironkan buku aku yang basah tu dan aku pegi sekolah agama dengan mata bengkak dan perut separuh lapar.

Aku ni pendendam, aku pasang semangat untuk belajar pandai-pandai supaya dapat masuk asrama dan Abah tak boleh pukul aku lagi dan bila aku dah berjaya dapat gaji besar aku bagi mak jek duit,Abah aku buat tak layan.

Aku berjaya masuk ke sekolah asrama penuh dan balik rumah pun, sebulan sekali jek, itupun time nak mintak duit, tapi jaranglah balik sebab aku dapat biasiswa, anak orang felda, kira susah jugaklah. Cuti sekolah jek balik rumah Abah, itupun kekadang lepak rumah member ambik part time kat McD' atau KFC.Tapi bagitau Abah ada aktiviti sekolah.

Tapi Abang aku yang nombor 2 tu dan adik aku no 4, puas kena belasah ngan Abah, Abangku yang sulung nenek bela, aku pun tak tau kenapa mak aku bagi kat nenek.Untung tak kena belasah ngan Abah. Pernah sekali tu Abang aku balik lambat dari bermain, Abah rantai Abang kat tiang seri rumah dan rotan berkali-kali, aku dan adik aku cuba halang Abah, aku sayang kat abang aku tu, dia baik, kitaorang pun kena rotan sekali, kitaorang boleh lari, tapi Abang aku sampai lembik kena belasah.

Mak pun selalu jugak kena pukul ngan Abah, kadang-kadang tu sampai lebam-lebam. Abah memang panas baran orangnya. Mak terlalu banyak bersabar ngan Abah. Mak memang seorang ibu mithali, pada akulah, tak pernah dengar mak meninggi suara ngan Abah, waktu Abah pukul mak, tak pernah dengar mak melawan atau menangis teresak-esak. Cuma aku nampak airmata mak jek mengalir.

Mak akulah sapu minyak kat birat-birat kitaorang, birat kat badan dan hati mak sapa yang rawat?itu semua menjadikan aku jadi benci pada Abah. Tapi mak selalu nasihat, satu hari nanti Abah mesti berubah. 'Doa untuk Abah, Akak' mak selalu pesan bila aku mendirikan solat.

Ternyata doa kami tak sesia bila mak dapat adik aku yang kelima (jarak 7 tahun ngan adik aku yg keempat) dan seterusnya,Abah dah slow, masih marah-marah tapi tak pukul lagi, kekadang jek, mungkin sebab dah tua atau tau yang kami tak suka sikap panas baran dia tu.

Tapi oleh kerana asuhan yang keras macam tu, menjadikan kami manusia yang berguna dan ingat pada ibu bapa.

Abang sekarang ni dah berkeluarga dan memperolehi 4 org anak, dia seorang yang baik dan ayah yang amat penyayang.

Aku pulak,masih single,pengalaman lalu membuat aku takut nak berumahtangga, takut dapat suami macam Abah, tapi Alhamdulillah Aku dapat kerja yang boleh tahan jugak dan mampu memiliki sebuah Wira 1.5 dan mampu jugak setiap bulan memberi sedikit wang kepada mak. Abah tak nak duit Aku, cukuplah bagi kat mak sorang jek, Abah pesan kat mak.

Adik aku menjadi Chef di salah seorang hotel 5 bintang di Johor Bahru dan telahpun memiliki sebuah rumah sendiri, Adik aku yang keempat pulak menjadi seorang polis, mereliasikan impian mak aku, adik aku yang kelima sekarang tahun akhir di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi dan yang bongsu pulak baru Tingkatan 2.

Walau dulu aku terasa yang cara Abah terlalu zalim dan mendera, tapi sekarang ini aku rasa berterima kasih pada Abah.

'Abah,you make us a better Man and Woman'

Selamat Hari Bapa Abah....

Thu 13/6/2002
--------------------

Abahku yang garang-2

Hasil dari ketegasan didikan Abah dan kelembutan belaian Mak, dua kombinasi ini menjadikan kami, warisan yang tegas namun mampu bertoleransi dalam mengendalikan apa jua keadaan. Tak mudah melatah dan naik angin tak tentu pasal. Tapi itu sifat Abang dan adik-adik jek, aku tak serupa mereka. Sedari kecil sifat aku memang berlainan, mungkin kerana 11 bulan dalam kandungan mak dan lahir dengan selaput seperti kulit bawang membaluti aku dari pinggang hingga ke kaki.

Aku banyak mewarisi sifat-sifat Abah, panas baran, garang dan mudah naik kaki tangan kalau amat marah. Namun begitu aku juga memiliki separuh dari sifat Mak, pemaaf, mudah menangis, mudah mengalah, pandai memujuk tapi aku tak tunjuk sifat itu semua kerana sifat Abah lebih menguasai diri aku, mungkin kerana Aku tidak mahu orang menilai aku sebagai perempuan yang lemah dan mudah dibuli.

Apabila umur aku telah menjangkau suku abad ini, sifat-sifat Abah yang ada pada diri aku telah banyak telah aku kikis, terutamanya sifat panas baran, garang dan mudah naik kaki tangan. Aku mahu menjadi seperti Mak, lemah lembut, penyayang dan sentiasa tersenyum.

Sepanjang penghidupan kami jarang sekali aku lihat mak bermasam muka, walau payah sekalipun mak akan sentiasa tersenyum, namun kekadang bila aku renung matanya ada kesedihan di situ, tapi mak tak pernah tunjuk kat anak-anak, terutamanya kat aku kerana mak tau aku ni pendendam, dan paling teruk sekali mak juga tau, aku akan laksanakan dendam aku bukan dengan cara kasar tapi dengan cara reverse psychology,aku mampu menganalisa dan aku akan jadi pemangsa bukan lagi sebagai mangsa.

Tapi cerita dulu,kisah suku abad yang dulu,apabila melihat wajah mak yang semakin dimamah ketuaan, namun masih berseri hasil dari wudhu' yang tak pernah kering dan selawat yang tak pernah putus, dengan sendirinya aku mendidik diri aku untuk menjadi seperti mak, supaya apabila Allah ambil mak dari aku,...... Aku mampu mendidik dan menjaga adik-adik aku, teramat penting sekali mereka hormat kepada aku dan menjadikan sebagai pelindung sebagaimana mereka berlindung kepada mak, meletakkan segunung kepercayaan kepada aku seperti aku menyerahkan nyawa aku pada mak.

Garis-garis ketuaan mak semakin hari semakin terserlah, sakit kakinya semakin menjadi-jadi, hampir saban minggu aku menghantar dia pergi berurut, namun sakitnya terkadang surut kekadang pasang. Kalau boleh aku nak bagi mak kaki aku, tapi apakan daya.

Kadang-kadang tu,jantung mak pun memberi masalah kepadanya, pernafasan mak tersangkut-sangkut macam orang semput. Aku selalu diundang rasa takut,takut kehilangan mak dalam waktu terdekat ni. Aku tak mampu mengharunginya sendirian. Aku juga takut, tanpa mak kami adik-beradik akan hidup berpecah dan membawa haluan masing-masing. Abah pula dah semakin akrab dengan kami,sifat lamanya masih ada tapi telah dibendung,terserlah kasih sayang Abah sekarang ni.

Namun begitu Abah masih tak mampu mengapai kasih sayang kami sebagaimana kukuhnya kasih kami pada mak. Suka melihat Abah melayan kerenah cucu-cucunya, dipeluk, dicium, bergurau dan menyuap cucunya makan. Mungkin Abah mahu menebus ketegasan didikan masa lalunya kepada kami dengan mencurahkan kemesraan pada cucu-cucunya.

Kekadang mengalir air mata aku melihat kemesraan Abah dengan cucu-cucunya, rasa cemburu campur rasa terharu,mengapa aku tak dapat merasai itu semua dahulu. Mengapa Abah tidak begitu dahulu.

Fri 6/28/2002
Abahku yang garang-3

"Abaaaahhhhhhh!" lantang jeritanku memanggil Abah, sambil memangku tubuh Mak yang terkulai di pangkuan Aku. Takungan air mata aku pecah bercucuran.

"Abah, Mak jatuh,Mak tak bangun-bangun"
"Mak, bangun Mak. Jangan buat Akak macam ni Mak. Mak,Akak sayang Mak. Mak bangun". Aku usap tubuh Mak lembut, Aku kejutkan Mak suruh Mak bangun. Tapi Mak tak jugak bangun, Mak masih diam di pangkuan Aku. Nafas Mak beralun lemah.

Wajah emak seperti orang tidur nyaman dan tersenyum. Waktu itu aku tahu yang Mak dah tak ada, tapi aku tak mahu terima kenyataan ini. Aku tetap usap wajah Mak, aku lurut jari-jemari tangan Mak, Aku cium kaki Mak.

"Mak kalau Akak buat salah, Akak sakitkan hati Mak, Mak hukumlah Akak, tapi jangan buat Akak macam ni. Mak bangun, Akak masih nak manja dengan Mak." Tapi Mak tak bangun-bangun. Mak terus tidur selamanya.

Jiran tetangga datang dan Aku masih erat memeluk tubuh Mak, mereka pisahkan Aku dari Mak, Aku meraung, Aku nak bersama dengan Mak tapi mereka tetap menghalang Aku dari mendekati Mak. Mereka kata "redhakanlah Mak pergi Akak, kalau Akak sayangkan Mak, pegi ambik air sembahyang, bacakan Yasin untuk Mak"

Aku bangun dan aku sempat mengerling ke arah Abah, sayunya wajah Abah. Abah yang pada aku adalah seorang yang kuat, gagah dan perkasa, malah tiada ada apa yang mampu mengoyahkan kekuatan dan kelelakian Abah, tapi hari ini, tika dan saat ini Abah kelihatannya terlalu lemah, terlalu tua dan terlalu dihimpit perasaan sebak. Kali pertama dalam sejarah kehidupan Aku, aku melihat air mata Abah mengalir kontras. Serta mertanya segala ketakutan dan kesakitan aku dulu terhadap Abah hilang, diganti oleh rasa terharu dan amat sayang pada Abah.

Bukan setakat Abah, aku dan adik-adik sahaja dilanda rasa ketidakpercayaan atas kehilangan Mak, malah semua orang seolah tak percaya. Mak tak sakit, Mak sihat dan pagi itu pula aku dan Mak masih sempat berbual dan bergelak ketawa, malah kami merancang nak bersiar-siar ke bandar JB sambil melawat Mak Long kat Hospital Tun Aminah. Waktu itu pukul 10 pagi, "aku kata mak cepatlah siap mak, pukul 11pagi kita nak bertolak" dan "mak kata nantilah kejap, pukul 10.30 pagi nanti mak mandilah siap-siap". Aku borak lagi dan sempat makan lagi dengan mak, kemudian mak kata dia nak buang air besar dan sempat bergurau lagi "perut-perut kau nak buang air ke tidak", aku gelakkan mak. Mak bangun dan aku bangun sama dengan mak untuk temankan Mak ke bilik air sebab lutut dia lemah, aku takut dia terjatuh kalau aku tak paut dia.

Tiba-tiba mak rebah dan aku paut kuat tubuh mak sambil melaung memanggil Abah. Waktu itu pukul 10.30 pagi. Waktu mak pergi, Abang aku yang sulung ada kat JB, Abang aku yang kedua ada kat Kota Tinggi, Adik aku yang keempat sedang bekerja di Hotel (chef) JB, Adik aku yang kelima sedang bekerja di Perak (polis), Adik aku yang keenam berada di IPTA Melaka dan yang bongsu sedang berada di sekolah ko-kurikulum. Hanya ada aku dan Abah di rumah. Abah pula waktu itu sedang mesin rumput di laman rumah. Tinggal aku dengan Mak, dan aku adalah orang yang berada di samping mak di saat-saat akhirnya.

Abang dan adik-adik aku semua meraung seolah-olah tak terima kenyataan yang mak dah tak ada. Abah tak mampu berkata apa-apa, cuma menyuruh kami ambil air sembahyang dan bacan yasin untuk mak. Aku cuba menjadi seorang manusia yang kuat untuk hari itu, aku pujuk adik-adik aku dan aku dapat membaca Yasin 7 kali di hadapan arwah mak sebelum dibawa pergi. Mak dikembumikan selepas Asar, dan alhamdulillah, majlis pengembumian Mak berjalan dengan lancar dan berlangsung dengan mulia sekali. Awalnya sewaktu mak dimandikan dan aku turut memandikan mak, tubuh mak lembut,tak berbau dan tiada najis. Sewaktu mak dikafankan, kain kafan mak banyak lebih dan Abah jahitkannya menjadi "saprah" dan sedekahkan di surau buat sejadah sembahyang.

Sewaktu dikebumi pula, cuma perlu 3 orang untuk mengangkat tubuh mak masuk ke liang lahat. Mereka kata tubuh Mak amat ringan dan tanah buat menambak kubur mak, terlalu banyak lebihannya. Semua orang memuji-muji dan memperkatakan keajaiban pada hari itu.

Aku mengambil cuti satu minggu dan hari-hari itu aku habiskan dengan setiap pagi membawa Abah dan adik-adik melawat mak dan membaca tahlil dan Yasin untuk mak. Sehingga hari ke 9,kuburan mak masih lagi basah sedangkan tanah lebihan dari kuburan Mak sudah lama kering.

Dan Abah sejak hari itu telah benar-benar menjadi seorang Abah, dia tidak lagi pemarah dan setiap masa dan ketika Abah akan bercerita tentang mak pada aku, segala kebaikan mak dan kemuliaan sifat mak. Abah kata mak benar-benar seorang isteri yang solehah. Selama mak masih ada hayat, Abah tak pernah memuji mak, selalu marah mak adalah, tetapi setelah kehilangan mak, barulah Abah berbicara segalanya kebaikan dan kesolehan mak.

Segala wajah kegarangan yang ada pada muka Abah, telah diganti dengan wajah sayu dan kasih sayang. Hari Rabu Adik aku yang keenam balik semula ke IPTA Melaka, aku dan Abah hantarnya ke bus station Larkin, sebelum adik menaiki bas, Abah peluk dan cium dahi dia. Selama ni Abah tak pernah cium kami hatta sekalipun. Begitu berubahnya Abah, Abah menjadi lembut dan amat penyayang.

Dengan adik-adik aku yang lain dan aku pun begitu juga, sebelum kami semua kembali bekerja, Abah akan peluk dan cium dahi kami. Kasih sayang aku yang dulunya terlalu sedikit untuk Abah, namun sekarang ini kasih aku terlalu melimpah untuk Abah walau ianya tak mampu menyamai kasihku yang melimpah ruah untuk arwah mak. Tapi segalanya kemungkinan apabila waktu mengizinkan.

Al-Fatihah untuk arwah Mak yang kembali rahmatullah pada 15hb Jun 2002 jam 10.45pagi. Wassalam.


Abahku Yang Garang (Bhg 4)

Pemergian Mak memberi tamparan yang amat hebat pada aku, kehidupan aku waktu ini aku rasakan cukup hambar. Jika dulu, aku 'looking forward' ke hari minggu untuk balik kampung jumpa mak.

Selalunya mak akan ajak aku jejalan naik kereta, yelah mak tak boleh aktif sangat nanti lutut dia 'cramp', kalau jalan pun mak guna tongkat dan aku akan paut dia.

Tapi kini, semua kenangan tu tak akan berulang lagi. Selama ini segala apa yang aku lakukan, semuanya untuk mak. Aku belajar pepandai dan menjadi seorang yang cukup sempurna, supaya dapat bagi kesenangan pada mak, tapi mak hanya mampu mengecapi itu semua hanya seketika.

Impian aku untuk mak belum tercapai tapi mak dah pergi. Apabila mak pergi, mak telah membawa keseluruh jiwa dan raga aku, ianya seolah-olah turut mati bersama bersemadinya jasad mak. Aku memang amat manja dengan mak, dulu mak zaman mudanya mak dan remajanya aku, mak akan korekkan telinga aku, potongkan kuku aku dan urut badan aku kalau aku kelihatannya letih.

Dan apabila tuanya mak dan dewasanya aku, aku pula akan ketipkan kuku mak,urut kaki mak dan masak untuk mak jika aku pulang ke kampung. Tapi selalunya mak akan masak untuk aku jika aku beritahunya aku akan pulang. Bila sampai kat rumah jek, makanan telah terhidang untuk aku. Mak memang seorang ibu yang amat-amat prihatin dan penyayang. Dan aku benar-benar terasa kehilangan yang amat besar dan tidak dapat digambarkan oleh perkataan.

Airmata ini pula, terlalu murah sekarang ini, acapkali teringat memori-memori pahit dan manis bersama mak, mudahnya air mata mengalir. Jika dulu bila teringat kat mak, aku akan telefon dia dan bagitau "Mak, Akak rindu kat Mak" dan mak akan ketawa "Macam budak kecik jek",.

Kemudian aku akan minta mak doakan aku supaya selamat dunia dan akhirat. Kalau dulu ada orang buli aku atau selalu sakitkan hati kat ofis, aku akan ngadu kat mak dan mak akan kata "biarlah Akak, biar dia buat kita,kita bersabar dan sembahyang jangan lupa, Allah tu amat memahami dan pengasih". Hati aku amat tenang mendengar jawapan dari mak, bukan sahaja kerana jawapan dari mak tapi alunan suara mak yang mersik dan penuh kasih.

Aku akan telefon mak setiap hari, untuk tanya yang mak sihat atau tidak dan melepaskan rindu, jika tak dengar suara mak satu hari aku akan jadi tak tenteram. Kadang-kadang tu bila aku sibuk sesangat aku lupa nak telefon mak dan mak pula yang telefon aku "Anak mak sihat?, nape tak telefon?", sayu suara mak di hujung talian.

Tapi kini, aku kehilangan semua itu dengan sekelip mata, tiada lagi gemersik suara mak dan deringan telefon dari mak untuk aku. Rasa macam mimpi. Airmata ini tanpa segan-segan mengalir tak kira waktu dan tak kira ketika.

Abah adalah lelaki sejati, maksud aku lelaki sejati adalah lelaki yang tak pernah ke dapur menolong mak masak dan tak pernah menukar lampin kami adik beradik apatah lagi bangun malam membancuh susu untuk kami adik beradik. Pada Abah itu semua kerja perempuan. Kerja Abah adalah mengerah tulang empat kerat untuk rezeki keluarganya. Apabila mak balik kampung B.Pahat, waktu nak melahirkan adik-adik aku. Abah akan makan di kedai.

Sehingga habis pantang barulah mak balik semula ke sisi Abah. Namun untuk Abah menjenguk dapur sekadar memasak, gigit jarilah gamaknya.

Pagi Sabtu aku pulang ke kampung seperti biasa. Tiada lagi suara mak yang menyambut salam aku, tapi suara Abah. Garau tapi sayu, aku capai tangan Abah dan aku cium. Lesunya aku lihat Abah, mungkin masih 'trauma' atas kepergian mak.

Hari ini, aku rasa amat terharu melihat Abah terkial-kial di dapur sedang menyiang ikan, kemudian Abah memarut kelapa dan memotong bawang dan lada. Selepas memotong bawang dan lada, aku lihat Abah termenung merenung lada dan bawang yang berenang-renang kat dalam mangkuk berisi air. Aku kerling dengan ekor mata aku melihat apa yang ditenung dek Abah, Rupanya melihat-lihat resepi yang disalin kat secebis kertas. Terbit kasihan di hati aku, Aku tanya Abah, nak masak apa. Nak masak ikan lemak pedas rupanya. Abah segan nak tanya aku,betul ke resepi nih.

Aku kata kat Abah, tak pelah biar jek Akak buat, Abah duduk jelah. Kemudian aku rendamkan lada dan kupaskan bawang bebanyak dan 'blend'kan sekali untuk Abah, supaya lain kali dia tak perlu nak buat tu semua apabila nak masak. Cuma perlu siang ikan dan tumis sahaja. Abah teliti cara aku masak satu persatu dan bertanya itu dan ini. Syahdu perasaan ini.

Petang itu aku kembali ke Johor, setiap detik perjalanan pulang aku, air mata ini gugur disahut dengan hujan yang turun dengan lebatnya. Teringat arwah Mak, terkenang dakapan lesu Abah dan mengenang hari-hari yang bakal aku lalui tanpa Mak. Sebelum berangkat aku sempat menziarah 'persemadian mak', ingin aku laungkan "Mak, Akak rindukan Mak, Mak kembalilah" tapi kata-kata itu tak boleh aku laungkan kerana itu akan menyeksa Mak. Itu bermakna aku tak redha dengan kepergian Mak. Aku redha dengan qada' dan qadarNya, tapi aku memang masih rindu dan perlukan mak, hari ini, esok dan selamanya.

Renungan

Cara Mendapat Kasih Rasulullah SAW

Setiap muslim wajib beradab dengan Rasulullah SAW kerana itu adalah perintah Allah SWT kepada orang-orang yang beriman. Hal itu disebutkan oleh Allah di dalam Surat al-Hujurat ayat 1 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.”

Ini bermakna sebelum melakukan sesuatu, kita perlu merujuk kepada Allah dan Rasulullah (yakni al-Quran dan al-Sunnah) terlebih dahulu. Sifat seperti ini sentiasa menjadi tabiat sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

Pada suatu ketika seorang sahabat lalu di antara dua lembah yang terletak di antara dua bukit. Di situ terdapat kawasan berair yang jernih lagi tawar airnya. Lalu sahabat itu berkata kepada dirinya, “Alangkah baiknya kalau aku dapat tinggal di sini. Tetapi aku tidak boleh berbuat demikian kecuali mendapat keizinan daripada Rasulullah terlebih dahulu.”

Setelah mengetahui perkara itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Jangan sekali-kali kamu berbuat demikian. Sekiranya kamu beribadah selama 60 tahun masih belum sama dengan seorang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT.”

Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua hal. Hal ini lebih penting lagi terutama kepada seorang pendakwah kerana ia bukan sahaja perlu menjadi seorang yang saleh, bahkan berbuat baik dan mengajak orang lain menjadi baik.

Dalam Surah al-Hujurat ayat 2, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Rasulullah.”

Ayat itu diturunkan selepas peristiwa Thabit bin Qais bercakap dengan suara yang tinggi di hadapan Rasulullah. Sebaik sahaja turun ayat itu, Thabit berasa bersalah yang amat sangat. Dia tidak keluar daripada rumahnya kerana berasa Allah murka dengannya. Kehilangan Thabit menyebabkan Rasulullah tertanya-tanya mengenainya. Ketika seorang sahabat datang ke rumahnya, Thabit berkata, “Sayalah yang mengangkat suara melebihi suara Nabi. Habis musnah segala amalan saya dan saya termasuk dalam golongan ahli neraka.” Apabila khabar itu sampai kepadanya, Rasulullah bersabda, “Tidak, dia adalah ahli syurga.”

Adab yang diajarkan oleh Allah SWT itu perlu dipatuhi oleh setiap muslim sekalipun Rasulullah sudah wafat. Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya menerangkan bahawa ‘tidak mengangkat suara’ itu mestilah dipatuhi hatta sewaktu menziarahi masjid Nabi SAW.

Saidina Umar al-Khattab pernah menegur seorang lelaki dari Thaif sewaktu lelaki itu masuk ke dalam masjid Nabi dan mengangkat suaranya. Saidina Umar bertanya, “Engkau dari mana?” Lelaki itu menjawab, “Dari Thaif.” Kata Saidina Umar, “Kalau kamu dari Madinah sudah tentu aku tangan (tampar) kamu tetapi kerana kamu dari Thaif maka aku maafkan.”
Daripada sirah zaman dahulu juga kita dapati Allah SWT menegur orang-orang dahulu (Arab dusun) kerana tidak tahu beradab dengan Rasulullah SAW. Dalam Surah al-Hujurat, ayat 4, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang memanggil engkau di belakang bilik Nabi sedang Nabi masih tidur, kebanyakan mereka tidak menggunakan akal sebaik-baiknya. Kalaulah mereka sabar sehingga engkau keluar itu adalah lebih baik bagi mereka.”

Bagaimanapun sikap sahabat-sahabat yang pernah mengikuti tarbiyah di madrasah Rasulullah SAW sangat berbeza. Jika Rasulullah SAW sedang tidur, mereka tidak akan memanggil baginda kerana mereka tahu Rasulullah tidur lantaran terlalu letih.

Contoh itu dapat kita lihat sewaktu berlaku kematian seorang wanita kulit hitam yang bertugas mengutip sampah di Masjid Nabi. Oleh kerana sudah lama tidak nampak wanita tersebut, Rasulullah SAW pun bertanya mengenainya. Sahabat-sahabat memberitahu bahawa wanita itu sudah meninggal dunia. Rasulullah SAW bertanya, “Kenapa tidak diberitahu kepada aku tentang kematiannya?” Jawab sahabat, “Ya Rasulullah, sebenarnya kami datang untuk memberitahu kepada Rasulullah tetapi kami dapati Rasulullah sedang tidur. Kami tahu Rasulullah tidur kerana terlalu letih. Sebab itu kami tidak mahu mengganggu.” Rasulullah SAW bersabda, “Tunjukkan aku di manakah kuburnya?” Kemudian Rasulullah SAW bersembahyang dan berdoa untuk wanita itu.

Allah SWT mewajibkan (memfardukan) setiap muslim beradab dan taat kepada Rasulullah SAW dalam semua suasana. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Jika kamu mengasihi Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah kasih kepadamu dan mengampunkan dosa kamu....” (Ali Imran: 31)

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya.” (An-Nisa’: 59)

Allah SWT juga mewajibkan kita mengasihi Nabi-Nya. Hal ini diterangkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud:

“Demi nyawa yang diriku berada dalam genggaman-Nya, tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku lebih dikasihi daripada anaknya, ayahnya dan manusia seluruhnya.”

SIRAH KASIH KEPADA RASULULLAH SAW MELEBIHI YANG LAIN
Sewaktu Perang Badar, seorang sahabat bernama Sawad datang memeluk Nabi dan menangis bersungguh-sungguh. Melihat keadaan itu Nabi bertanya kenapa dia berbuat demikian. Jawabnya, “Engkau lihat ya Rasulullah apa yang engkau nampak. Aku ingin sekali sebelum mengakhiri hayatku supaya kulitku bersentuh dengan kulitmu sebelum aku balik menemui Allah SWT.” Dalam Perang Uhud pula, menjelang akhir hayatnya, Saad ibnu Rabi’ berkata kepada Zaid bin Thabit, “Sampaikan salam aku kepada Rasulullah SAW. Katakanlah kepadanya sesungguhnya aku dapat menghidu bau syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.” Seorang wanita Ansar diberitahu mengenai kematian bapa, saudara lelaki serta suaminya dalam Perang Uhud. Apabila berita itu disampaikan kepadanya dia terus bertanya mengenai keadaan Rasulullah SAW. Sahabat memberitahu bahawa Rasulullah SAW dalam keadaan baik dengan katanya, “Alhamdulillah, sihat seperti yang kamu kehendaki.” Kemudian wanita itu meminta untuk melihat Rasulullah SAW. Apabila melihat Rasulullah SAW, wanita itu berkata, “Segala musibah yang menimpa aku adalah kecil sedangkan yang besar adalah engkau, ya Rasulullah.”

Bagaimanakah sifat itu lahir di dalam diri sahabat Rasulullah SAW? Sebenarnya mereka telah mengenal Rasulullah SAW dan mengetahui riwayat hidupnya sejak kecil hingga dewasa. Kemudian mereka mengikuti proses pendidikan di madrasah Rasulullah SAW. Dengan itu Allah mencampakkan rasa kasih sedemikian rupa hingga memenuhi setiap sudut dan ruang di dalam hati mereka.