Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh
10  Wasiat Imam Syafie
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,  beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut  ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan  dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh  perkara."
PERTAMA: HAK KEPADA  DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan  percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu:  Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari  orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada  Allah.
KETIGA : HAK KEPADA  KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat  kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang  dizalimi.
KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN  NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat  dan nasihat menasihati.
KELIMA : HAK KEPADA MIZAN  (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan  kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung  kesusahan.
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG  MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka  mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka  berjemaah.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA  NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik  kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok  akhlak.
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT  PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima  bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan  maksiat.
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI  S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan  syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan  bersaing dalam mencari keredhaan Allah.
KESEPULUH  : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,  mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci  kemaksiatan.
 
Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali  agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama  mengamalkannya. 
" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada  lurus di jalan Mu...Amin.."

No comments:
Post a Comment