Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 14, 2015

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa
Kecuali diri sendiri
Tetapi
Dalam kita bersendirian
Kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran 
Seorang sahabat, begitulah juga dia

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa
Tetapi kita sering terlupa

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami 
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? 
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? 
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya 
sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? 

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, 
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? 
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? 
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. 
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat 
Sebagai kekuatan

Jadilah kita sahabatnya itu
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan
Kita tidak tahu
Tetapi
Jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita 
akan tahu...


RENUNGILAH... 
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN 
KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA 

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. 

Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.

No comments:

Post a Comment