Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.

Tuesday, March 10, 2015

Dia Atau DIA ?

Ku lemparkan satu persatu peralatan tulis yang berada di kamar milikku. Bekas pensil, pen-pen, dompet, botol air, semua ku campakkannya. Kedengaran bunyi-bunyi bertebaran di lantai. Setitik demi setitik air manik itu mengalir. Deras merembes. 'Arghh, mengapa? Mengapa aku?'

Saat tanganku mulai memegang sebuah buku, pantas kekasaranku merudum. Tidak lagi melempar seenaknya seperti tadi. Kembali air mata ini mengalir lagi.

Simfoni Cinta - Hilai Asyraf

Terasa berat tangan ini ingin melemparkan buku itu jua. Hadiah daripadanya. Faeroz, Faeroz Anuar bin Nuruddin.

******************

" Aishaa.."

Pantas kakiku melangkah di tepi koridor perpustakaan universiti. Kenal yang teramat dengan suara itu. Milik sahabat baikku. Terasa ingin memalingkan wajah padanya. Tapi, emosiku tidak enak tika itu. Aku hanya tidak mengendahkannya. Berpura-pura tidak mendengari. 'Fillah, maafkan Shaa.'

"Aishaa.. awak ni kenapa? Fillah panggil dari tadi, awak buat-buat tak dengar je kan?"

Terdiam.

"Aishaa.. " lembut tangannya mengambil alih ke bahuku, cuba memujuk.

".............. masalah ke? Tak nak kongsi ke sayang?" sambung bicaranya.

Laju air mataku mengalir kembali. Aku gemarkan pujukan begitu, sentuhan. Tapi, aku amat lemah dengannya. Titis-titis ini sukar sekali tuk dihilangkan. Hanya anggukan kecil ku berikan. Lemah.

"Sini sayang.." panggilnya lembut. Sungguh buatku nyaman seketika. Cuba ku lemparkan perasaan dukaku jauh-jauh. Ingin ku teruskan bicara, tapi tidak berjaya. Esakan tangisku ini sungguh luar biasa. Seakan-akan ribut yang hadir bersama-sama taufan. Agak sukar tuk dihentikan. Akhirnya, ku putuskan untuk menulis sahaja. Cuba meluahkan rasa melalui bait bicara pena. Ku mengengsot sedikit badan ke tepi, cuba mencapai buku yang ada.

Ku tulis satu aksara demi satu aksara.

H A T I

Pantas Fillah tersenyum memandangku. Kelihatan anggukan kecil dari kepalanya. Dia sudah mengerti maksudku. Oleh sebab pemahaman yang tinggi daripada Fillah terhadapku itulah membuatkan aku senang berkawan dengannya hingga kini. Dia begitu mudah memahami isi hatiku, meski melalui sedikit bicara.

Lantas ku rasakan pelukan hangat daripadanya. Damai.

*************************

Pulang sahaja daripada universiti, aku cuba mententeramkan diri kembali. Cuba mengingati kembali kata-kata yang dikatakan oleh Fillah sebentar tadi.

Namun, sebentar cuma.

Emosiku kembali tidak terkawal. Satu persatu barang milikku dilemparkan oleh tanganku sendiri. Aku benci dengan perasaanku sendiri.

Sesaat, aku terpana.

Buku itu. Buku itu membuatkan aku kembali berjeda. Lantas mengingati kata-kata Fillah, sahabat tercinta.

'Aishaa.. awak mengenalinya di saat awak cuba berubah, daripada tiada apa-apa hinggalah kini. Awak kena ingat, Allah uji pada hamba-hamba yang Dia sayang. Dan awak nak tahu? Awak adalah insan terpilih yang Dia sayangi.

Awak kena yakin semua ketentuan ni. Dia kurniakan awak kesempatan untuk mengenali lelaki tu sebagai ujian, dan mungkin juga sebagai hadiah untuk awak terus ditarbiyah. Awak kenal dia dalam sekelompok manusia yang sangat-sangat suci, mulia.

Maknanya apa? Allah nak awak semakin kuat. Kuat untuk halang semua perasaan yang ada sekarang ni. Mungkin dengan kehadiran dia bukanlah untuk awak menyayanginya, tapi untuk mengenali agama yang dia bawa. Awak kenal dia bukanlah untuk bercinta dengannya, tapi untuk teruskan kecekalan dengan jemaah yang ada.

Maafkan saya andai salah bicara.

Mungkin apa yang awak rasa selama ni bukan perasaan yang sebenarnya. Awak terlalu nampak dia, sehingga awak tak nampak hikmah yang Allah nak tunjukkan pada awak. Dan akhirnya, bila dia meninggalkan awak, awak terkecewa. Awak mula menderita. Pegangan yang selama ini cuba awak pertahankan tergadai begitu sahaja.

Aishaa.. dia manusia. Dan Allah pemiliknya. Bila-bila masa Allah boleh tarik cinta dan sayang awak tu. Sebab apa? Sebab bukan dia pengatur cinta awak. Tapi Dia.

Awak pilih.. antara dia dan Dia, yang mana lebih awak sayang?

Kalau Dia, berkorbanlah. Tiba waktunya, andai awak terus percaya, Dia pasti akan mengembalikan rasa cinta yang hilang ni. Jangan terlalu bersedih pada dia yang tidak mampu memberikan apa-apa pada awak. Boleh sayang?'

Tertunduk.

***************************

Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada Nya". “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.”

-QS. Ar Ra’du: 27-28-

No comments:

Post a Comment