Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 18, 2011

INGIN MENGHIASKAN WAJAH ANDA SUPAYA KELIHATAN MENARIK

IKUTI KISAH INI…..

Al-kisah ini terjadi pada seorang pemuda dari suku kaum Tai’yi di atas kehadirannya berkunjung ke rumah Al-Ahnaf bin Qais iaitu ulama dari golongan yang terkenal di masa hidupnya. Rumah Al-Ahnaf memeang sentiasa menerima kunjungan terutamanya dari anak murid dan sahabat handainya. Kehadiran mereka semua adalah untuk berguru dan manuntut ilmu. Tetapi kehadiran pemuda tersebut telah menarik perhatian Al-Ahnaf kerana beliau mendapati pemuda ini berbeza daripada pemuda-pemuda lain yang sebaya dengannya kerana penampilannya yang segak dan tampan.

Lalu, Al-Ahnaf pun berminat untuk bertanya kepada pemuda tersebut. “Wahai anak muda, adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?”.

Pemuda itu pun menjawab,”Memang benar, saya menghiasinya dengan sesuatu perkara yang mudah sahaja iaitu apabila bercakap, saya tidak berbohong. Saya duduk diam apabila ada orang lain sedang bercakap dan hanya mendengarnya. Apabila berjanji, saya akan tepatinya dan saya tidak akan mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada saya”. Setelah mendengar setiap jawapan daripada pemuda tersebut, maka berkatalah Al-Ahnaf, “ Benar katamu wahai anak muda, sesungguhnya engkau telah menhiasikan dirimu dengan akhlak yang mulia.”

Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa yang mencantikkan wajah kita bukanlah dengan alat solek atau peralatan lain yang berjenama atau mahal tetapi hanyalah dengan akhlak yag mulia. Peralatan solek dan sebagainya itu hanyalah mencantikkan kita secara zahirnya sahaja.Salah satu akhlak yang mulia ialah malu. Semua umat Islam perlulah mempunyai sifat malu terutamanya wanita.Lelaki yang pemalu adalah baik tetapi wanita yang pemalu adalah lebih baik. Wanita yang pemalu tidak akan mudah memperjualkan maruah dirinya kepada kaum lelaki teruamanya dengan begitu mudah. Wanita yang pemalu tidak berani untuk mendedahkan auratnya di kalangan khalayak orang ramai yang bukan mahramnya, bergaul dengan lelaki yang tidak baik akhlaknya, dan membuat apa jua maksiat terhadap Allah. Begitu juga dengan lelaki. Lelaki yang pemalu tidak akan berani melakukan maksiat kepada Allah seperti berjudi, meminum arak dan sebagainya.

Jadi marilah sama-samalah kita mengamalkan akhlak yang mulia dalam kehidupan kita sehari-hari. Baik lelaki mahupun wanita, sepatutnya kita berasa terpanggil untuk berakhlak sedemikian tidak kira terhadap sesiapa jua. Apa yang penting ialah akhlak kita dengan Allah. Jika akhlak kita dengan Allah sudah sempurna dan baik, Insyaallah akhlak kita dengan ibubapa, jiran-jiran,sahabat-sahabat, dan muslimin serta muslimat yang lain juga akan sempurna. Mudah-mudahn dengan akhlak yang mulia ini, dapatlah kita mengembangkan syiar Islam di muka bumi Allah ini seterusnya menegakkan syariatNya untuk kebaikan semua umat manusia, Insyaallah….

No comments:

Post a Comment