Monday, April 18, 2011
Takdir Allah, Realiti Kehidupan & Kesyukuran Nikmat..
Bapanya pula tidak bertangungjawab, meninggalkan mereka sekeluarga sewaktu dia berusia 9 tahun. Sejak itu ibunya yang bertungkus lumus bekerja menyara mereka lima sekeluarga tetapi kerana penyakit kronik yang dihadapi ibunya, dia selalu merasa penat dan akhirnya dia sudah tidak mampu lagi melakukan pekerjaan seperti biasa. Mengambil tanggungjawab sebagai anak sulung, Amar tekad berhenti belajar dan berkerja untuk menyara keluarga.
Suatu hari, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Dua orang adik kesayangannya terlibat dalam kemalangan ketika menunggang basikal pulang ke rumah. Selepas koma selama tiga hari, kedua-duanya menghembuskan nafas terakhir. Amar seperti tidak percaya dan menangis sepanjang malam, merintih pemergian orang tersayang. Dalam tangisan itu, dia berkata :
"Ya Tuhan, apakah dosaku sehinggakan semua ini terjadi kepada ku? Sudahlah aku miskin, bapaku pergi tanpa rasa tanggungjawab dan sekarang adik-adik yang aku sayangi dan sanggup aku lakukan apa sahaja untuk mereka telah pergi. Kenapa ini terjadi kepada ku?"
***
Saturday, February 19, 2011
Kisah Pokok Epal..
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Friday, February 11, 2011
Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih.
Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari ia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang ia lihat di dunia pasti ia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu ia sebut di setiap pembahasannya. Ia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.Siapa saja yang beroleh seperti itu, ia diberi tiga kenikmatan oleh Allah Ta’ala. Nikmat yang Dia berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya. Iaitu orang-orang yang menyiapkan jiwa mereka hanya untuk ALLAH Ta’ala dan tidak ada selain DIA yang masuk ke hati mereka, baik berupa berhala-berhala dunia, atau perhiasan, atau pesonanya.
Nikmat tersebut adalah sebagai berikut:
1. Seluruh urusan hidupnya lancar Allah SWT memberinya ketenteraman dan kedamaian, mengumpulkan semua ideanya, meminimakan sifat lupanya, mengharmonikan keluarganya, menambah jalinan kasih sayang antara dirinya dan pasangannya, merukunkan anak-anaknya, mendekatkan anak-anak padanya, menyatukan kaum kerabat, menjauhkan konflik dari mereka, mengumpulkan hartanya, ia tidak bimbang memikirkan perniagaannya yg tidak begitu baik, tidak bertindak seperti orang bodoh, membuat hati manusia terarah padanya, siapapun mencintainya dan melancarkan urusan-urusan yang lain.
