Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 10, 2012

PUISI UNTUK AYAH

Ayah, 
Jika engkau mengajar kami berkata-kata, 
Nescaya kami akan menjadi seorang pendusta, 
Tapi jika engkau mengajar kami alif bata ta, 
insyaAllah kami akan menjadi seorang pendeta. 

Ayah, 
Jika engkau mengajar kami bergurindam, 
Nescaya kami menjadi seorang pendendam 
Tapi jika engkau mengajar kami muqaddam, 
insyaAllah kami akan belajar sampai khatam. 

Ayah, 
Jika engkau mengajar kami berlari, 
Nescaya kami menjadi seorang pencuri, 
Tapi jika engkau mengajar kami mengaji, 
insyaAllah kami akan menjadi penzanji. 

Ayah, 
Jika engkau mengajar kami bertutur. 
Nescaya kami menjadi seorang lupa bersyukur, 
Tapi jika engkau mengajar kami bertafakur, 
insyaAllah kami takkan menjadi seorang yang kufur. 

Ayah, 
Jika engkau yang mengajar kami huruf rumi, 
Nescaya kami menjadi pencinta duniawi, 
Tapi jika engkau mengajar kami huruf jawi, 
insyaAllah kami akan mengejar ukhrawi. 

Ayah, 
Ajarlah kami dengan bismillah, 
Mudah-mudahan kami jadi kekasih allah, 
Didiklah kami dengan fatihah, 
Mudah-mudahan kami jadi anak yang soleh solehah..

Friday, March 2, 2012

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri…..
Tetapi
Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana…. 
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. 
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran 
Seorang sahabat,begitulah juga dia. 

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. 
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. 
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. 
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. 
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. 
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. 
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. 
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Friday, February 24, 2012

Cinta Kampus : Matlamat Halalkan Cara

MATLAMAT SALAH CUBA MENGHALALKAN CARA

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu. 

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?