Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.

Saturday, May 1, 2010

UIAM GOMBAK...Satu Permulaan..

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, di kesempatan yang ada, mampu gak diri ni membuka blog entri ni sendri..setelah sekian lama rasanya tidak berkunjung ke laman ni disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi..mungkin kali ni berlainan sedikit perkongsian yang boleh saya berikan kepada sahabat-sahabat semua..UIAM Gombak..itulah destinasi saya sekarang ni..setelah menduduki di kampus UIA Nilai peringkat asasi, akhirnya setelah 2 tahun menunggu, berjaya gak diri ni meneruskan pengajian ke peringkat 'degree'..PENAT..itulah perkara yang pertama sekali saya rasakan apabila menjejaki ke alam kampus utama UIAM ni..ditempatkan di Mahallah Salahuddin (Hostel) yang merupakan agak jauh sekali di dalam UIA Gombak ni..dengan kawasan yang berbukit, tanpa kenderaan, penat memenuhi diri ni..

Bayangkan sendiri, ingin ke kuliah, masjid, 'library' mahupun 'cafe', memerlukan diri ni untuk berjalan selama 15-20 minit..insyaAllah, sebaik adanya senior-senior yang kadang-kadang memberi tumpang untuk ke sesuatu tempat itu..inilah dia ukhwah..andaikan kita seaslinya pelajar yang baru masuk dan tidak mengenali sesiapa, bagaimana keadaan kita apabila ditempatkn ditempat yang asing dan memerlukan kita berdikari..?bagaimana pula andainya diri kita ni jenis pemalu untuk bertegur dan bertanya..?mungkin kehidupan saya sendiri bertambah susah..InsyaAllah, walaupun sepenat mana diri kita, andainya kita benar-benar IKHLAS (walaupun keikhlasan itu hanya Allah sahaja yang tahu) untuk menuntut ilmu, Allah akan memudahkan untuk hambanya jalan yang paling senang untuk kita lalui dan hadapi..

Abang Aliemran, salah seorang senior saya disini pernah memberikan nasihat n Tazkirah..."biarlah penat mana pun kita, sesusah mana pun kita untuk mencari ilmu, InsyaAllah, Allah akan membantu kita"..saya amati kata-katanya, ada benar gak..saya memikirkan, pelajar yang berkenderaan, datang kuliah pun lambat..dah 10 minit pensyarah mengajar, barulah insan-insan ni datang..saya bukan nk menunjukkan yang saya ni rajin datang awal..tapi pada konteks jarak, masa dan keadaan membuatkan kita sentiasa bersedia..lagipun, tidak rugi jika kita sebagai pelajar untuk datang lebih awal dari pensyarah..kita tak akan rugi apa-apa pun..

Pada entri kali ni, saya ingin menekankan tentang konsep IKHLAS dan ADAB itu sendiri..ramai yang memahami tentang konsep ni, tapi adakah diamalkan..? diri saya sendiri pun kadang-kadang lupa dengan percaturan Allah, lupa tentang segala-gala yang hak..mungkin diri kita kurang muahasabah dan selalu mengejar dunia..hingga merasakan hidup ni tidak adil apabila mendapat sesuatu yang bukan diimpikan, tp tidak pula bersyukur pabila Allah memakbulkan hajat kita..di mana keikhlasan kita dalam kehidupan kita sendiri..?mempunyai kawan yang ramai, tapi menegur disaat memerlukan bantuan..?rajin menunaikan solat berjemaah di surau-surau atau masjid untuk mendekatkan diri kepada-Nya hanya kerana bila kita sedih, tidak berdaya...?

Entri ni bukanlah untuk menunjukkan sikap marah atau sebagainya..mungkin sudah terlari jauh agaknya dari tajuk entri kali ni.. sekian saja untuk kali ni..semoga sahabat-sahabat dapat manfaatkan apa yang ada..muhasabahlah diri kita sebelum kita dimuhasabahkan..akhir kalam, doakanla diri ni bersama sahabat-sahabat yang lain dalam meneruskan perjuangan di kampus yang baru..=) Wassalam.

2 comments:

  1. insyaallah..
    semoga aiman terus tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup..
    dan semoga succes selalu..
    tiqah sentiasa doakan yang terbaik buat mu teman..=)
    insyaallah..=)

    ReplyDelete
  2. Syukran tiqah..=)
    aiman pun akn sntiasa mndoakn shbt2 yg len..insyaAllah..=)

    ReplyDelete