Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq
Harta dikorban bukan sedikit
Cintakan kebenaran,sanggup bersakit
 
Serta tawakkal Ibrahim mulia
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Meyakini Allah sebagai pencipta
 
Aku impikan antara kita seorang Umar
Berdiri tatkala tunduknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Menggernkan musuh durjana
 
Serta senyuman Syed al-qutb
Ketika berhadapan dengan maut
Aqidah mantap tidak terenggut
Roh dakwahnya tidak surut
 
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair
Menahan panahan Hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid,rohnya ke syurga
 
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna
Fikrahnya jernih,menggegar dunia
Merelakan tubuhnya dimamah peluru
Demi menegakkan kalam ALLAH dan Rasul
 
 
Aku cintakan pemuda Giffari
Menentang kezaliman walaupun diancam
Moga kan lahir lagi di abad ini
Jiwa jitu pemuda yg tak pernah suram
 
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf
Tetap mencintai saudaranya
Walau dihumban ke perigi tua
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya
 
Aku ingin pusara kita harum mewangi
Bagai harumnya pusara Masyitah
Semerbak kasturi
 
Aku ingin persahabatan indah ini
Bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Mahsyar nanti....

