Selamat datang ke blog Simulasi Pemikiran. Jangan lupa tinggalkan jejak sahabat-sahabat semua. Terima kasih kerana sudi ziarah blog ini. Salam ukhwah.
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 16, 2011

Adilkah Allah....?

Masa : Tengah hari
Tempat : Padang pasir dan Di sebatang pokok kurma dbawhnya terdapat perigi air
Orang yang teribat : Pemuda

Kelihatan seorang pemuda bersama- sama satu bungkusan yang besar yang diikat di punggung kuda. Pemuda itu dalam perjalanan dari kota selepas bertemu sahabat ayahnya untuk pulang ke kampung halamannya kerana ibunya sakit tenat. Sedang beberapa ketika, pemuda itu melihat akan adanya sebatang pokok kurma yang di bawahnya terdapat sebuah perigi air. Pemuda itu mengambil keputusan untuk berehat sebentar untuk berehat.

Sesampainya ia ke tempat itu, segera ia menurunkan bungkusannya dan bergegas ke perigi tersebut. Selepas meneguk airnya, dia mengambil keputusan untuk berbaring di bawah pokok kurma tersebut dan bercadang untuk bangkit semula meneruskan perjalanan sejam kemudian.
Ternyata dengan kuasa ALLAH, pemuda itu tertidur sehingga waktu senja merangkak tiba.

Masa : Senja
Tempat : Di sebatang pokok kurma dbawhnya terdapat perigi air dan rumah gembala kambing
Orang yang teribat : Pemuda, gembala kambing, dan anak angkat gembala kambing

Sesedarnya daripada tidur, pemuda itu yang teringat akan ibunya terus melompat ke kudanya dan terlupa akan bungkusannya.

Selepas beberapa ketika, di tempat yang sama kelihatan seorang pengembala kambing bersama kambing-kambingnya. Gembala itu memberikan kambing-kambingnya minum seperti yang dilakukan olehnya setiap hari. Gembala kambing itu terlihat akan bungkusan yang ditinggalkan oleh pemuda itu, dia mengambil bungkusan tersebut untuk dibawa pulang ke rumahnya.

Di rumahnya, gembala kambing tersebut meletakkan bungkusan itu di atas meja makan. Anak angkatnya yang bermain berhampiran dengan meja itu terus menuju ke bungkusan itu dan terus membukanya. Alangkah gembiranya dia apabila melihat di dlmnya terdapat byk harta dan dia merasakan hadiah itu adalah miliknya .

Masa : malam
Tempat : Di sebatang pokok kurma dbawhnya terdapat perigi air
Orang yang teribat : Pemuda, gembala kambing, dan anak angkat gembala kambing
Orang yang teribat : Orang tua yang buta, pemuda

Kelihatan seorang tua buta berada di kawasan perigi itu. Selepas meneguk airnya, dia terus tertidur di tempat yang sama pemuda siang tadi tidur.

Pemuda yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya tadi, segera teringat akan bungkusannya. Lalu dia mengambil keputusan untuk patah balik ke perigi tadi untuk mengambil bungkusan itu.

Sesampainya pemuda di perigi itu, ia segera menuju ke tempat yang ditinggalkannya bungkusan tadi. Selepas beberapa ketika pemuda itu tidak menjumpainya, dia berasa sangat cemas kerana bungkusan itu adalah wasiat bapanya yang telah dibunuh setahun lalu kepadanya setelah ayahnya meninggalkan bungkusan itu kepada sahabatnya di kota. Pemuda itu terlihat akan orang tua yang buta tadi dan dengan segera pemuda itu menuju kepada orang tua tadi dan memeriksa di sekeliling org tua tersebut . ternyata ianya tiada. Pemuda itu segera membangunkan orang tua yang buta itu.

Pemuda : Cis org tua, dimana bungkusan aku. Lebih baik kau serahkan bungkusan itu, jika tidak nahas aku kerjakan kau!!!
(sambil mencekak baju org tua itu)

Orang tua yang buta : Aku tidak tahu !!!!

Pemuda : Lebih baik kau cakap, petang tadi aku letakkan bungkusan itu di sini. Jangan berdalih kalau tidak, aku cabut nyawamu nanti!! ( sambil mengeluarkan sebilah pisau )

Orang tua : Aku tidak tahu . Tolonglah lepaskan aku!! aku tidak tahu , aku buta !!!

Oleh kerana bosan dengan kerenah orang tua yang buta itu dan kerana mengikut darah mudanya , pemuda itu terus membunuh org tua tadi dan segera meninggalkan tempat itu.

Okaylah pada pandangan korang dari cerita kat atas " Adilkah ALLAH itu "?

hmm.. dah buat keputusan?? lihat kat bawah.

Masa : 2 tahun sebelumnya
Orang yang terlibat : Petani, Pencuri 1 dan pencuri 2

Pada suatu hari, seorang petani telah dirompak oleh dua orang pencuri. Selepas mengambil harta petani itu, pencuri-pencuri itu telah membunuh petani itu dan meninggalkan tempat itu.

Selepas merompak, pencuri-pencuri itu mengambil keputusan untuk membahagikan harta itu. Dek kecerdikan pencuri 2 maka ia telah berjaya mengambil kesemua harta itu lalu ia serahkannya pada sahabatnya untuk diserahkan kepada anaknya nanti . Pencuri 1 mengetahui perkara itu lalu pergi mencari pencuri 2 untuk membunuhnya dan terjadilah pergaduhan antara mereka .Selepas bergelut beberapa ketika pencuri 1 dapat menikam pencuri 2 dengan pisau yang dibawanya. Siapakah mereka itu??

Petani : Ayah kepada anak angkat gembala kambing
Pencuri 2 : Ayah kepada pemuda
Pencuri 1 : Orang tua yang buta.

Nah sekarang apa yang dapat diambil pengajaran dari kisah tadi...
sebenarnya ada banyak namun saya hanya menyimpulkan EMPAT perkara, yang lainnya anda semua nilaikan sendiri.

1. Bersangka baik dengan dugaan yang Allah berikan kerana ia mungkin kifarat dari dosa kita yang lalu.
2. Bersabar dengan ujian yang Allah berikan. Sesungguhnya DIA mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.
3. Jangan kita melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana setiap perbuatan kita akan dihisab nanti dan terpulang kepadaNYA untuk membalasnya di dunia atau di hari akhirat nanti.
4. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA MAHA ADIL!!!!!

No comments:

Post a Comment